CATATAN HARIAN
i. Catatan harian ialah catatan mengenai peristiwa atau sesuatu kejadian yang berlaku.
ii. Biasanya catatan mempunyai maklumat seperti masa dan tarikh.
iii. Catatan perlu ditulis ringkas, padat dan tepat.
iv. Catatan harian berdasarkan sesuatu peristiwa atau kejadian.
v. Pastikan sama ada catatan melibatkan sepanjang hari atau beberapa hari.
vi. Jika catatan sepanjang hari. Tulis tarikh kemudian diikuti urutan waktu.
vii. Jika catatan beberapa hari tidak perlu waktu.
viii. Gunakan ayat sependek mungkin tetapi struktur bahasa yang betul.
ix. Karangan ini mempunyai format yang khusus.
CONTOH : CATATAN HARIAN SAYA
7.00 pagi
Saya bangun pagi. Setelah siap mandi dan bersarapan, saya bersiap sedia ke sekolah. Setiap Isnin hingga Jumaat, saya ke sekolah pada pukul 7.00 pagi. Setibanya di sekolah, saya menjalankan tugas harian dengan membersihkan bilik darjah. Sehingga pukul 1.00 petang, barulah saya kembali ke rumah.
2.00 petang
Saya bersiap sedia ke sekolah agama rakyat. Di sana saya belajar mengenai hukum - hukum agama dan cara - cara melakukan ibadat. Saya suka mempelajari ilmu yang berkaitan Islam walaupun waktu itu saya berasa penat.
5.20 petang
Pada waktu ini, saya meluangkan masa untuk bermain. Biasanya saya bermain badminton. Melalui sukan seperti ini, saya bukan sahaja dapat merehatkan otak tetapi dapat menjaga kesihatan.
8.00 malam
Pada waktu malam, saya mengulang kaji pelajaran. Saya suka belajar pada waktu malam kerana suasananya tenang dan damai. Semua kerja sekolah diselesaikan pada waktu ini. Setelah itu, barulah saya masuk tidur.
CONTOH : SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN
31 Ogos 2004, 6.45 pagi
Pagi - pagi lagi aku sudah bangun. Hari ini semua penduduk Daerah Macang akan berhimpun di padang. Aku segera bersiap untuk ke Padang Majlis Daerah Macang. Hari Kebangsaan peringkat Daerah Macang akan disambut di sana.
8.30 pagi
Orang ramai telah mula berkumpul untuk menyaksikan upacara perbarisan. Setelah menyanyikan lagu "Negaraku", Pegawai Daerah Macang, Tuan Haji Hassan Ariffin mengadakan pemeriksaan barisan kehormat. Kira - kira 5000 orang berkumpul di padang pada hari itu.
10.00 pagi
Pelajar - pelajar Sekolah Menengah Sains Macang mengadakan persembahan pancaragam. Kami juga dapat menyaksikan persembahan nyanyian, tarian, dan dikir barat yang dipersembahkan oleh Persatuan Seni Kebudayaan, Daerah Macang.
4.00 petang
Pertandingan mendeklamasikan sajak kemerdekaan bagi murid - murid sekolah rendah berlangsung. Acara ini telah dimenangi oleh adik Azman bin Hussain. Hadiah - hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Macang, Encik Hussin bin Taib.
6.00 petang
Acara sukaneka keluarga telah diadakan. Acara ini begitu meriah dan seronok sekali dengan bermacam - macam telatah peserta yang mengambil bahagian.
7.00 malam
Aku kembali ke rumah dalam keadaan letih dan lesu. Walaupun keletihan tetapi aku merasa gembira dan seronok sekali.
Saturday 5 October 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
i like tis
ReplyDeleteAyatnya pendek tetapi lengkap memang bagus
ReplyDeletekarangan ni sangat mudah difahami..
ReplyDeletebuatlah pulak karangan harian untuk sekolah rendah islam...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete