i. Dikenali juga sebagai wawancara.
ii. Ditulis dalam bentuk dialog.
iii. Kaedah dialog berorientasikan soal jawab.
iv. Perbincangan soalan dan jawapan mestilah berdasarkan tokoh dan kehendak soalan.
v. Sebaik - baik temu ramah menyatakan secara ringkas pengenalan tokoh dan tujuan temu ramah.
vi. Karangan jenis ini mempunyai format yang khusus.
CONTOH : GURU BERPINDAH
Wakil Majalah : Selamat pagi cikgu. Saya wakil Majalah Tekad ingin meminta sedikit
masa cikgu untuk menemu ramah cikgu.
Cikgu : Selamat pagi. Silakan
Wakil Majalah : Baru - baru ini kami dimaklumi bahawa cikgu akan berpindah ke
sekolah lain. Mengapakah cikgu ingin berpindah?
Cikgu : Betul, sebagaimana yang kamu sangkakan kerana saya akan
berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat, Johor.
Tujuan saya memohon bertukar ke sana adalah untuk berkhidmat
kepada ayah saya yang telah uzur.
Wakil Majalah : Bagaimanakah pandangan cikgu terhadap murid - murid dan
sekolah ini?
Cikgu : Saya berasa murid - murid sekolah ini begitu berminat dalam
mengejar ilmu pengetahuan. Di sekolah ini pula, Guru Besar dan
guru - guru banyak membantu cikgu dalam menjalankan tugas
dengan sempurna.
Wakil Majalah : Apakah pengalaman manis cikgu di sekolah ini semasa mengajar di
sekolah ini?
Cikgu : Saya yang sangat berminat dalam sukan hoki berjaya menubuhkan
pasukan hoki sekolah. Malahan yang paling manis sekali ialah
pemain - pemain hoki yang mendapat bimbingan cikgu menjadi
johan peringkat daerah dan negeri.
Wakil Majalah : Apakah nasihat terakhir cikgu sebelum meninggalkan sekolah ini?
Cikgu : Nasihat saya terutama kepada murid - murid tahun enam rajin -
rajinlah belajar, semoga mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Manakala kepada pasukan hoki teruslah menempa kejayaan kalian untuk mengharumkan nama sekolah. Kepada rakan - rakan guru jutaan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang cikgu berkhidmat di sekolah ini.
Wakil Majalah : Terima kasih atas kesudian cikgu untuk di temu ramah.
Cikgu : Sama - sama.
CONTOH : JOHAN SYARAHAN
Wakil Pelajar : Selamat pagi, Anuar. Saya wakil Majalah Pesaka ingin menemu
ramah saudara.
Anuar : Silakan
Wakil Pelajar : Baru - baru ini saudara telah memenangi pertandingan syarahan.
Bolehkah kami tahu setakat manakah kejayaan saudara itu?
Anuar : Sebenarnya kejayaan saya ini bermula daripada peringkat sekolah
lagi. Kemudian saya memenangi peringkat cawangan dan daerah.
Saya yang mewakili daerah Segamat, akhirnya telah menjadi johan
peringkat negeri. Malahan nasib masih menyebelahi saya apabila
muncul sebagai johan peringkat kebangsaan yang diadakan di Pulau
Pinang.
Wakil Pelajar : Bagaimanakah caranya saudara menyediakan teks syarahan itu?
Anuar : Saya banyak membaca dan membuat rujukan di perpustakaan untuk
mendapatkan fakta - fakta berkaitan tajuk. Sesudah itu saya akan
menyediakan teks dengan dibantu oleh guru penasihat. Teks itulah
yang saya akan hafal untuk disampaikan dalam pertandingan yang
akan diadakan.
Wakil Pelajar : Siapakah yang memberi dorongan atau motivasi kepada saudara?
Anuar : Cikgu Jalaludin bin Mustafa dan kedua ibu bapa saya yang banyak
memberi dorongan dan semangat. Tanpa mereka pasti saya tidak
meraih kejayaan seperti sekarang ini.
Wakil Pelajar : Apakah nasihat saudara kepada pelajar - pelajar yang ingin
menyertai pertandingan seumpama ini?
Anuar : Saya menasihatkan agar mereka harus mempunyai keyakinan diri
untuk mencapai kejayaan.
Wakil Pelajar : Terima kasih atas kesudian saudara untuk ditemu ramah.
Anuar : Sama - sama
CONTOH : KAMPUNG SAYA
Pemberita : Selamat sejahtera. Siapakah nama kamu dan sudikah untuk ditemu
ramah?
Pelajar : Selamat sejahtera. Nama saya Teng Chang Kim. Silakan
Pemberita : Bagaimana keadaan kampung tempat tinggal saudara?
Pelajar : Keadaan kampung saya aman dan damai. Penduduknya terdiri
daripada masyarakat majmuk iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.
Kawasan sekitarnya sangat bersih dan banyak tumbuh - tumbuhan
menghijau yang hidup dengan subur di kampung saya.
Pemberita : Siapakah yang menjaga dan membersihkan kawasan sekitar
kampung?
Pelajar : Semua penduduk kampung menjaga kebersihan halaman rumah
masing - masing. Di samping itu, ada kalanya amalan bergotong -
royong diadakan untuk membersihkan kawasan - kawasan tertentu
seperti balai raya dan sebagainya.
Pemberita : Apakah pekerjaan penduduk kampung kamu?
Pelajar : Kebanyakannya ialah penoreh getah. Tetapi ada juga yang
mengusahakan kebun sendiri. Manakala anak - anak muda ramai
yang bekerja di kawasan perindustrian yang berhampiran.
Pemberita : Mengapakah agaknya mereka berusaha untuk menjaga kebersihan
kampung?
Pelajar : Pada pendapat saya, mereka menjaga kebersihan kampung untuk
kesejahteraan hidup penduduknya. Selain itu, melalui kempen
kebersihan yang diadakan baru - baru ini amat memberi berkesan
kepada penduduk kampung. Lagipun, wabak penyakit dapat
dihindarkan kalau kampung dalam keadaan bersih.
Pemberita : Terima kasih kerana sudi untuk di temu ramah.
Pelajar : Sama - sama.
No comments:
Post a Comment