Social Icons

Saturday, 5 October 2013

UCAPAN

UCAPAN

i. Penyampaian ucapan biasanya dalam sebuah majlis atau upacara tertentu seperti perhimpunan, majlis keramaian dan sebagainya

ii. Ucapan juga disampaikan sama ada orang yang diraikan atau kita berucap untuk orang yang diraikan.

iii. Penulisan ucapan mempunyai format yang khusus.

iv. Walaupun begitu, isi - isi yang disampaikan mestilah sesuai dengan majlis yang diadakan.

v. Ada juga ucapan yang mengupaskan sesuatu topik dan memerlukan fakta - fakta yang bernas dan logik.


CONTOH   : UCAPAN TERIMA KASIH

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, guru - guru, ibu bapa, rakan - rakan dan hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Hadirin sekalian,

Majlis hari ini ialah Majlis Penyampaian Hadiah. Majlis seumpama ini diadakan khas untuk meraikan pelajar - pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sukan, akademik, dan kegiatan kokurikulum.

Pada kesempatan ini, saya sebagai Ketua Murid mewakili semua pelajar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berucap dalam majlis yang gemilang ini.

Guru - guru sekolah ini telah banyak mengajar dan membimbing kami untuk memperoleh kejayaan. Jelaslah jasa guru begitu tinggi nilainya. Tanpa mereka tentulah kami tidak berdiri di atas pentas ini untuk menerima hadiah.

Kepada rakan - rakan dan diri saya sendiri, saya ingin berpesan agar kita jangan bersikap seperti kacang lupakan kulit, sehingga kita tidak menghargai dan menghormati guru - guru yang telah membimbing kita. Jasa guru sangat bernilai dan kita perlu menghargainya.

Saya harap, semua pelajar akan terus berusaha untuk meraih kejayaan.

Sekian, terima kasih.



CONTOH   : UCAPAN PENGHARGAAN

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru - guru dan rakan - rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru - guru dan rakan - rakan atas sokongan yang diberikan sehingga kami dapat membolot hadiah sebagai juara perbahasan tahun ini.

Atas kejayaan pasukan kami, saya turut berasa bangga atas kerjasama yang telah ditunjukkan. Tanpa kerjasama semua pihak, tentu sukar bagi kami mencapai kejayaan.

Di sini, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada guru - guru. Melalui tunjuk ajar merekalah kami dapat meraih kejayaan ini.

Selain itu, saya juga berharap semoga kawan - kawan akan mengikuti jejak langkah kami. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan kepada rakan semua.

Nampaknya sampai di sini ucapan saya. Akhir kata, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.



CONTOH : PENTINGNYA SIKAP BERHATI - HATI DI JALAN RAYA


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru - guru, dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan ucapkan. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan ucapan yang bertajuk "Pentingnya Sikap Berhati - hati di Jalan Raya".

Para hadirin sekalian,

Sebagai penunggang basikal misalnya kita tidak digalakkan menunggang bersaing - saing kerana itu akan membahayakan diri kita. Ini semua adalah untuk kebaikan kita juga. Kalau bersaing - saing di jalan raya ini akan mengganggu pemandu - pemandu lain.

Setelah memastikan tiada kenderaan, barulah kita melintas. Kita tidak seharusnya tergesa - gesa apabila melintas jalan raya kerana ini boleh membahayakan nyawa kita. Sikap berhati - hati penting semasa melintas jalan raya.

Di tempat - tempat yang sibuk dengan kenderaan dan berbahaya, kita mestilah menggunakan jejantas yang disediakan. Elakkanlah melintas di tempat -tempat sibuk kerana ia mengancam nyawa kita. Jejantas disediakan untuk kemudahan kita melintas.

Tempat yang paling selamat untuk kita bermain ialah di padang. Jadi untuk keselamatan kita sendiri, elakkanlah bermain di jalan raya. Bermain di jalan raya membahayakan diri kita sendiri.

Jelaslah sekarang betapa pentingnya sikap berhati - hati di jalan raya. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berhati - hati di jalan raya.

Sekian, terima kasih.


CONTOH   : CARA - CARA MENJIMATKAN ELEKTRIK

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru - guru dan rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Hari ini saya ingin membicarakan tentang cara - cara menjimatkan elektrik.

Para hadirin,

Antara langkah yang perlu diambil ialah menghidupkan lampu hanya diperlukan sahaja. Lampu - lampu yang tidak digunakan harus dipadam. Kalau semua lampu dipasang sedangkan tidak digunakan, maknanya kita membazir.

Manakala alat elektrik yang tidak digunakan misalnya kipas angin tidak dibiarkan berpusing. Hanya apabila kita panas baru kita gunakan kipas angin. Amalan membazir hendaklah dielakkan dengan sentiasa memasang kipas angin.

Satu perkara lagi, baju dan seluar hendaklah digosok sekaligus. Jangan menggosok baju secara kerap kali kerana ini akan membazirkan tenaga elektrik. Kita perlu merancang sebelum menggunakan seterika.

Kita seharusnya mengurangkan penggunaan alat elektrik yang tidak perlu. Tidak sesuai kita gunakan pelbagai alat elektrik sedangkan kepentingannya tidak begitu menonjol. Penjimatan penggunaan alat elektrik menyebabkan kita telah menjimatkan elektrik.

Sebenarnya banyak langkah yang boleh kita ambil untuk menjimatkan tenaga elektrik. Kita mesti bijak dalam menjimatkan tenaga elektrik.

Sekian, terima kasih.


CONTOH   : CARA - CARA MENGGEMBIRAKAN GURU

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar dan rakan - rakan sekalian. Sebagai pelajar, seharusnya kita menjaga hati guru kita. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah " Cara - cara menggembirakan hati guru".

Para hadirin yang dihormati,

Antara perkara yang dapat kita lakukan ialah mendengar kata atau nasihat daripada guru. Kita tidak seharusnya melawan guru. Mendengar nasihat guru membawa banyak kebaikan kepada kita.

Malahan membuat kerja rumah yang diberikan guru turut menggembirakan hati guru. Guru akan kecewa jika kita tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Kerja rumah yang diberikan adalah untuk kebaikan kita sendiri sebagai pelajar.

Sebagai murid yang bertanggungjawab, kita seharusnya belajar bersungguh - sungguh. Kejayaan kita bukan sahaja disenangi oleh ibu bapa, malah guru - guru turut gembira. Kejayaan kita adalah kejayaan guru juga.

Kita seharusnya mematuhi peraturan yang disediakan. Dengan cara ini akan membentuk disiplin kita. Guru - guru turut gembira dengan kepatuhan kita terhadap peraturan. Peraturan disediakan agar kita lebih mudah menerima pelajaran.

Begitulah antara cara - cara yang boleh kita lakukan untuk menggembirakan hati guru kita. Apabila guru gembira, kita mudah menerima pelajaran.

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text