Tulis beberapa / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
"Ah, aku kesiangan!" katanya dalam hati. "Jam loceng ini tidak berbunyi lagi. "Khairul melihat jam itu. Sudah pukul tujuh dua puluh minit. Dua puluh lima minit lagi peperiksaan di sekolah akan bermula. Dalam masa sepuluh minit dia mesti sudah ada di perhentian bas. Bas itu berlepas pada pukul tujuh setengah pagi. Jika tidak pasti dia tidak dapat mengikut peperiksaan penggal pada pagi itu.
Cepat - cepat Khairul pergi ke bilik air untuk memberus gigi, mandi, dan bersikat rambut. Sementara itu, ingatannya melayang kepada apa yang telah dibuatnya bersama Eddy semalam.
Dia pergi ke rumah Eddy. Mereka bermain catur lama sekali. Mereka berdua memang sangat gemar bermain catur.
Jawapan:
Kita mestilah bijak menguruskan masa. Kalau tidak kita akan mengalami masalah seperti Khairul yang kelam - kabut kerana terlewat bangun pagi sedangkan dia akan menduduki peperiksaan. Khairul yang tidur lewat malam kerana bermain catur dengan Eddy menyebabkan dia terlewat bangun pagi. Nilai menjaga kebersihan fizikal jelas terpancar dalam diri Khairul. Dia tetap memberus gigi, mandi dan menyikat rambut walaupun kesuntukan masa. Walau bagaimanapun, kita hendaklah menghargai masa agar dapat menguruskan masa dengan baik.
No comments:
Post a Comment