CONTOH 3 : MENCUBA KASUT BARU
Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
(Beberapa minit kemudian)
Pekedai : Mahukah saudari mencuba yang ini?
Aishah : Ini terlampau tinggi. Saya tidak boleh berjalan betul nanti.
Rosita : Tetapi ia sangat sesuai untuk awak, Aishah.
Pekedai : Cuba kasut yang merah ini pula, saudari.
Aishah : Ooh…ia terlampau ketat di hadapannya.
Rosita : Bagaimana pula dengan kasut yang hitam ini, Aishah?
Aishah : Tidak. Saya tidak sukakannya. Kulitnya terlampau keras. Bagaimana
pula dengan kasut ini? Ia sungguh sesuai. Berapakah harga kasut yang
ini, encik?
Rosita : Tetapi Aishah, bukankah kasut itu kasut awak sendiri
(Mereka semua ketawa)
Aishah : Eh, kenapa saya ini pelupa sangat!
Jawapan:
Nilai kesederhanaan amat penting agar kita tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan. Sikap Aishah yang terlalu memilih akhirnya menyebabkan dia tidak dapat membuat pilihan dan membazir masa untuk perkara yang tidak berfaedah. Selain itu, kita perlu bekerjasama dengan semua orang agar mudah melakukan sesuatu urusan. Sekiranya Aishah menerima nasihat Rosita dan bekerjasama dengan pekedai tentulah masalahnya untuk membeli kasut dapat diselesaikan. Jelaslah, kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap sederhana dalam semua situasi.
Saturday, 5 October 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment