Social Icons

Saturday 5 October 2013

MENCINTAI ALAM SEKITAR

CONTOH 25 : MENCINTAI ALAM SEKITAR

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


"Cikgu, tolong jangan "berdatuk" dengan saya, siapalah saya di depan cikgu. Kalau tidak kerana cikgu, saya hanya Daneng, anak rimba," ucap Daneng dengan penuh rasa hormat. Dia merenung wajah gurunya yang sudah diukir garis - garis usia. Suaranya juga agak lemah. Tetapi di sebalik lelaki tua itu, semangat Cikgu Jo masih kental dan kuat. Itulah yang dikagumi Daneng.

"Jasamu akan dikenang sepanjang zaman. Oh, Daneng! Usahamu itu tidak sia - sia. Datu Daneng telah dapat menyelamatkan belantara ini. Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang memiliki hutan tropika terbanyak di dunia pada tahun 2020 ini. Negara memiliki lebih daripada 20 juta hektar hutan. Rancanganmu itu telah dapat memulihara, memelihara, dan menambahkan kawasan hutan di negara kita," ucap Cikgu Jo sambil merenung lelaki dewasa yang berusia hampir separuh abad itu.


Jawapan:

Nilai mencintai alam sekitar harus dipupuk dalam jiwa masyarakat. Daneng walaupun berkedudukan tinggi sangat menghargai alam sekitar. Dia tahu kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia. Selain itu, walau setinggi mana pangkat kita tetapi kita mestilah menghormati guru yang pernah mendidik kita. Selain itu, kita sebagai pemimpin mestilah bertanggungjawab bukan kepada manusia sahaja tetapi juga alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menghargai alam sekitar dengan sentiasa memeliharanya.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text