Social Icons

Saturday, 5 October 2013

HIDUP BERDIKARI

CONTOH 24 : HIDUP BERDIKARI

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Railia : Itulah, seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit juga.

Tuk Keman : Saya faham akan maksud saudara itu, tetapi apa boleh buat nasi sudah
menjadi bubur. Cara yang paling baik ialah kami akan belajar daripada rakan - rakan di sini bagaimana hendak mencari makanan di hutan. Kami juga berjanji bahawa kami akan mencuba menukar selera kami.

Tuk Rai : Baguslah, kerana kumpulan kera Taman Anjung telah insaf dan berazam
untuk belajar berdikari. Kami bersedia membantu kamu. Kami ada pakar
bergayut, pakar memanjat dan pakar menghidu.

Jawapan:

Nilai kerjasama dalam masyarakat sangat penting. Jika seorang ahli masyarakat membuat kesilapan seluruh ahli terkena tempiasnya. Hidup dalam masyarakat kita tidak seharusnya sentiasa bergantung pada orang lain. Kita perlukan wujudkan nilai berdikari agar Berjaya meneruskan perjuangan hidup. Nilai berdikari memudahkan kita untuk hidup di mana - mana. Kita tidak akan terbiar kalau kita dapat berdikari. Tidak selama - lamanya kita akan dibantu. Misalnya kumpulan kera yang terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup. Kita perlu berdikari untuk tidak bergantung kepada orang lain semata - mata.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text