Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ibu jarinya digigit - gigit. Hatinya dibalun resah dan takut. Dia serba salah. Kata - kata Cikgu Chiam tadi benar - benar mencabarnya.
"Saya tidak mahu mendengar sebarang alasan. Kamu mesti berfikir positif," Cikgu Chiam, guru pelajaran Sains mengarahnya.
"Kalau Nina takut dirotan, malu, tangkap ajelah," Yati berkata begitu bersahaja.
" Yati cuma tangkap lipas. Intan bawa katak. Tapi Nina … kena bawa tikus. Yahhh!" kata Intan. Yati dan Intan ketawa sahaja.
"Padan muka. Dah nasib Nina. Bukankah kita dah undi!" Intan terus menyakat Nina.
Jam sudah pukul empat petang. Hanina Wardah menjadi resah. Ini bermakna dia Cuma mempunyai beberapa jam lagi untuk mendapatkan tikus itu. Dia memerhatikan adiknya, Azahari yang sedang menonton televisyen.
Jawapan:
Berfikiran rasional penting dalam menjayakan sesuatu tindakan kita. Nilai inilah yang cuba ditanam oleh Cikgu Chiam dalam diri Hanina Wardiah apabila memberikan tugasan mencari tikus. Selain itu, nilai keberanian iaitu sanggup menghadapi cabaran dan yakin ialah kunci kepada kejayaan. Dalam membuat pertimbangan dan tindakan, Nina perlu tanamkan nilai ini dalam dirinya untuk meraih kejayaan. Selain itu, kita perlu bersimpati dengan kesusahan orang lain dan bukannya memperli dan menyakat seperti rakan - rakan Nina. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berfikiran rasional dalam melakukan sesuatu.
No comments:
Post a Comment