Social Icons

Saturday 5 October 2013

AMALAN MULIA

CONTOH 5 : AMALAN MULIA

Tulis beberapa amalan baik yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Jikalau engkau bersifat budiman
Di pandang sebagai bunga setaman.

Jikalau engkau bersifat pemurah
Semua orang datang menyerah

Menolong manusia wajib dan perlu
Tetapi tolonglah dirimu dahulu

Barang siapa berbuat jasa
Harum namanya sepanjang masa

Barang siapa memungkiri janji
Namanya tentu menjadi keji

Jangan ikut resmi lalang
Diri nanti ditimpa malang

Hidup ikut resmi padi
Diri selamat dipandang tinggi

Barang siapa berbuat angkara
Tuhan kelak menurunkan bala


Jawapan:

Nilai berhemah tinggi sememangnya dipandang tinggi dalam masyarakat. Justeru, seseorang yang berbudi pekerti dipandang cantik dan indah seperti bunga di taman. Kalau bersikap baik hati dan suka mengambil berat tentang kebajikan orang lain, mereka disanjung dalam masyarakat. Kita juga perlu sentiasa jujur dan berpegang pada janji kerana orang yang memungkiri janji dipandang keji. Selain itu, diri seseorang individu akan di hargai dengan mengamalkan resmi padi semakin berilmu semakin merendah diri dan bukannya seperti resmi lalang.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text