Social Icons

Saturday, 5 October 2013

KASIH IBU

CONTOH 6 : KASIH IBU

Tulis beberapa amalan baik yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

"Duit yang Murni kirim tu untuk makan minum mak. Bukan untuk membeli tanah," katanya tersedu - sedu.

"Ah, makan minum aku apalah sangat! Padi aku ada. Ikan aku ada di kolam. Sayur - mayur ada di ladang. Tak habis makan Murni," jawab ibu dengan suara yang merendah menusuk tangkai jantung Murni.

Jamal terpegun seketika mendengarkan patah - patah yang keluar dari mulut ibu yang begitu ikhlas.

"Mak kau ni orang miskin. Tak ada sawah ladang yang luas untuk jadi harta pusaka kau. Itulah saja yang dapat mak beri untuk hari tuamu, Murni, Jamal," nada suaranya semakin perlahan.

Murni terus menangis. Hiba hatinya mendengar ibu berkata begitu. Jamal sama terusik. Ia menundukkan kepala. Teringat akan dirinya sendiri. Ia seorang perancang ekonomi, tetapi tidak pernah berfikir mahu merancang masa tuanya.

Jawapan :

Nilai kasih sayang penting diwujudkan dalam sesebuah keluarga untuk menjamin keutuhan keluarga tersebut. Ibu Murni sangat sayang kepada anak dan menantunya sehingga sanggup berjimat - cermat untuk membeli tanah buat mereka. Murni sebagai anak bukan sahaja taat kepada ibunya tetapi juga mengamalkan sikap hormat - menghormati. Selain itu, dia mengambil berat akan ibunya dengan mengirimkan wang belanja setiap bulan. Ibu Murni pula ikhlas untuk membantu anaknya. Selain itu, kita mestilah bersikap selalu merancang masa depan agar kita boleh hidup senang pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text