Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ikan haruan dalam tempayan,
Dibawa belayar dengan perahu;
Hendak berjaya dalam pelajaran,
Berusahalah tanpa jemu.
Pokok rendang Nampak berbalam,
Hidup subur di bukit berbatu;
Rajin belajar siang dan malam,
Kelak jadi orang berilmu.
Waktu petang menanam halia,
Halia ditanam bersama lada;
Pergi ke pasar di hari minggu,
Singgah di kedai membeli kebaya;
Menjadi kemegahan ayah bonda.
Orang berilmu dipandang mulia,
Rajin dan usaha menimba ilmu,
Bila dewasa hidup berjaya.
Kemeja labuh sampai ke paha,
Dipakai orang dengan celana;
Semaikan sikap rajin berusaha,
Segala cita - cita akan terlaksana.
Burung tempua di tanah besar,
Gugur daun di dalam telaga,
Kalau berusaha dengan sabar,
Lambat laun berhasil juga.
Jawapan:
Nilai daya usaha sangat penting untuk Berjaya dalam pelajaran. Hanya orang yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran akan memperoleh ilmu. Apabila kita berilmu kita bukan sahaja dipandang mulia dalam masyarakat malahan diri kita menjadi kebanggaan ibu bapa. Menuntut ilmu ialah jaminan untuk kejayaan pada masa hadapan. Selain itu, pelajar yang rajin berusaha pasti akan memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran. Kecemerlangan ini merupakan tiket untuk menggapai cita - cita kita. Oleh itu, kita mestilah rajin berusaha untuk menguasai ilmu pengetahuan.
No comments:
Post a Comment