Tulis beberapa nilai / pengajaran baik yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
2 Februari
Memakai lencana sekolah masih lagi menjadi masalah. Ada murid yang lupa, ada yang sengaja menyimpannya dalam kocek. Bagiku memakai lencana dapat dianggap penting. Walaupun harganya murah tetapi ia melambangkan sekolah tempat kita menuntut ilmu.
4 Februari
Nah, pagi tadi aku menahan si cantik manis Mona Aida! Kerana apa? Dia lambat sampai. Katanya kereta ayahnya pancit di jalan. Setelah pintu pagar dikunci barulah dia sampai. Kukatakan kepadanya, dia telah melakukan dua kesalahan: pertama lewat datang dan kedua memijak rumput di taman.
9 Februari
Semasa aku menghantar buku ke bilik guru, aku terlihat seorang murid dipapah ke bilik guru besar. Cikgu Khalid berjalan di belakang. Aku segera menolong.
Jawapan:
Nilai berdedikasi penting dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Sebagai pengawas sekolah, kita mestilah adil dalam menjalankan tugas tanpa takut untuk menegur rakan - rakan yang melanggar peraturan sekolah. Sebagai pengawas, kita ialah penguatkuasa di sekolah yang mempertahankan peraturan - peraturan sekolah agar diikuti oleh pelajar lain. Selain itu, sebagai pengawas kita hendaklah sentiasa ringan tulang untuk membantu dan menolong terutama kepada guru - guru sendiri. Kita mestilah berusaha agar pelajar turut mematuhi kepada ketepatan masa.
No comments:
Post a Comment