Tulis beberapa amalan baik yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Belum sempat Azman menjamah makanan, ayahnya menjengah di pintu dapur. Azman berpaling selamba. Muka ayahnya seperti hari - hari sudah. Serius. Jarang dapat melihat dia tersenyum atau berjenaka seperti ayah Hamid.
"Sepanjang cuti ini ayah tidak mahu kamu menghabiskan masa dengan bermain dan membuat pekerjaan yang tidak berfaedah. Jangan jadi seperti Sudin dan Lamin. Tahun lalu mereka gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aku mahu kamu Berjaya seperti abang dan kakak kamu," tegas ayah Azman sambil melangkah masuk ke ruang tamu.
Azman memandang ayahnya penuh hormat. Dia bukan sahaja berazam untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan nanti malah mahu menandingi abang dan kakaknya.
Jawapan:
Hormat - menghormati ialah nilai yang dipandang tinggi dan dihargai. Sebagai seorang anak Azman tetap menghormati ayahnya walaupun beliau bersifat tegas dan garang. Azman tahu ketegasan ayahnya adalah demi masa hadapannya agar dia berjaya seperti abang dan kakaknya. Sifat Azman yang sabar dengan ketegasan ayahnya membuktikan sifat hormat terhadap ayahnya. Keazamannya untuk mencapai kejayaan dan menandingi abang dan kakaknya merupakan sifat berani Azman untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Sebagai seorang pelajar Azman mengambil sikap yang terpuji ini demi semangat untuk berjaya di masa hadapan. Kita perlulah sentiasa menghormati ayah dengan menghargai kata - katanya dan memuliakannya.
No comments:
Post a Comment