Tulis beberapa amalan baik yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
"Bukalah ikatan itu!" perintah Tuan Haji Subki, dengan pisau tajam masih tercegak dalam tangannya. "Kau tidak berunding dengan anakmu lebih dulu. Ini membahayakan jiwa anakmu. Batalkan lembu ini dari korban kita. Tak baik merosakkan nyawa orang yang bersangkutan."
"Ayah tidak akan apa - apakan lagi Pusaramu," kata Mohsin kepada Junid, setelah ikatannya dibuang.
Junid menyeka air matanya. Dia memandang Pusaran yang juga merenung dengan mata berair kepadanya. Suatu keputusan yang aneh berkembang dalam dada Junid. Dan petang itu, Pusaran merenggut - renggut rumput tenang, dengan pandangan mata Junid yang berkaca - kaca.
Jawapan:
Nilai kasih sayang bukan sahaja wujud sesama manusia. Kasih sayang ini juga amat kental antara manusia dan binatang. Inilah perikatan yang wujud di antara Junid dengan lembunya. Pusaran lembu ternakan Junid sepatutnya dijadikan korban. Sifat prihatin penduduk yang memahami jiwa Junid yang tidak sanggup berpisah dengan lembu kesayangannya merelakan agar lembu itu tidak dijadikan korban. Ayah Junid pula begitu menyayangi Junid sehingga tidak sanggup melukakan hati Junid dan membatalkan niatnya untuk mengorbankan Pusaran. Kita perlulah menanamkan sikap prihatin dalam masyarakat untuk mewujudkan keharmonian negara.
No comments:
Post a Comment