Social Icons

Saturday, 5 October 2013

PERJUANGAN SIA - SIA

CONTOH 22 : PERJUANGAN SIA - SIA

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Dia tinggal. Telah memilih untuk berjuang di bawah Barisan Bersatu atas desakan Chen Tien. Barisan ini dibentuk untuk mencapai matlamat menubuhkan sebuah republik melalui perlembagaan. Mereka gagal. Lalu menukar taktik perjuangan. Taktik kekerasan. Dia sesal kini. Dia mahu mendapat pengampunan kerajaan, bangsa, dan Tuhan.

"Cukup! Cukup!"

Biar nyawa bercerai badan. Biar dia dilabel pengkhianat. Pengecut. Hati tikus. Dia sudah tidak sanggup melihat rakyat yang tidak berdosa disembelih seperti binatang. Dia bangkit. Meredah hutan tebal dan gelap sambil menahan darah yang terus mengalir dari lengannya yang cedera.


Jawapan:

Nilai kesedaran perlu lahir dalam diri sekiranya kita tersesat jalan. Untuk mengakui kesilapan ini kita perlu ada nilai berani untuk berkata benar. Chen Tien berani meninggalkan perjuangannya yang dirasakan menyimpang daripada landasan yang benar. Sikap keganasan kepada rakyat ialah suatu pengkhianatan perjuangan. Perjuangan seperti itu perlu ditinggalkan. Kita perlulah sentiasa yakin bahawa jalan kebenaran pasti ditemui kalau kita ikhlas dalam sesuatu perjuangan. Kadang - kadang kita perlu tegas dalam menetapkan sesuatu pendirian yang betul.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text