Social Icons

Saturday, 5 October 2013

NARATIF

NARATIF

i. Karangan jenis ini adalah berdasarkan tajuk ataupun gambar (bersiri ataupun tunggal).

ii. Sekiranya dikemukakan gambar, mestilah ditulis semata - semata berpandukan gambar.

iii. Setiap daripada gambar perlu diambil kira, sama ada suasana waktu, jumlah orang yang terlibat, perkara yang sedang dibuat dan sebagainya.

iv. Untuk gambar siri, calon dinasihati melihat keseluruhan gambar untuk memperoleh idea cerita keseluruhan, barulah mula menulis karangan tersebut.

v. Calon juga boleh diuji tanpa gambar, dan cerita ditulis mestilah bukan berbentuk khayalan tetapi rekaan yang logik dalam paparan ceritanya.

vi. Tiada format khusus dalam karangan jenis ini.



CONTOH   : PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional ialah sebahagian daripada khazanah yang menjadi kebanggaan negara kita. Permainan tradisional ini tetap tidak dilupakan.

Antara permainan itu ialah wau. Wau biasanya dimainkan di Pantai Timur. Selain wau dimainkan untuk mengisi masa lapang, malah ianya turut dipertandingkan.

Permainan yang digemari oleh kaum wanita ialah congkak. Permainan ini biasa dimainkan oleh dua orang. Permainan congkak biasanya dimainkan untuk mengisi masa lapang.

Sepak takraw merupakan permainan tradisional yang masih digemari hingga ke hari ini. Bahkan sepak takraw sudah menjadi permainan yang dipertandingkan di kejohanan yang melibatkan negara - negara ASEAN.

Selain itu gasing juga merupakan permainan tradisional yang terkenal di Pantai Timur. Gasing direka dengan pelbagai bentuk dan kepakaran pembuatnya. Gasing juga merupakan permainan tradisional yang selalu dipertandingkan.

Jelas kepada kita permainan tradisional masih diminati hingga kini. Sebagai generasi muda, kita patut sentiasa menghargainya.


CONTOH   : MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH

Petang Sabtu lalu, sekolah kami menganjurkan gotong - royong membersihkan kawasan sekolah. Setiap pelajar diagihkan tugas - tugas tertentu.

Saya dan Ravi dikehendaki membawa tong sampah. Sambil berjalan kami akan mengutip sampah. Sampah yang banyak akan dikumpulkan untuk dibakar. Ini akan menghalang pembiakan nyamuk dan lalat.

Kumari dikehendaki menyiram bunga. Sekiranya tidak disiram, bunga akan layu. Bunga segar akan mengindahkan lagi sekolah kami.

Mengelap tingkap dilakukan oleh Sakinah. Debu - debu merah dilap dengan kain basah. Sekarang tingkap telah bersih, kami akan belajar dalam suasana yang selesa.

Andrian Khoo menyorong kereta sorong. Semua sampah yang dikumpulkan dibawa oleh Andrian Khoo dengan kereta sorong. Sampah itu akan ditimbunkan di tempat pelupusan sampah.

Sekarang, sekolah kami telah kembali ceria dan cantik. Setelah selesai, kami menikmati jamuan ringan sebelum pulang ke rumah masing - masing.


CONTOH   : BANJIR


Sekarang musim hujan. Sungai - sungai dan parit - parit mula dipenuhi air. Ramai orang kampung tidak pergi menoreh. Hujan turun tidak berhenti - henti.

Air mula memasuki kawasan rumah. Orang kampung mulai cemas. Banjir mula melanda kampung kami. Binatang - binatang peliharaan seperti ayam dan itik ada yang hanyut dibawa arus deras.

Orang kampung yang ditinggal di kawasan rendah mula berpindah. Mereka ditempatkan di kawasan penempatan sementara iaitu di sebuah sekolah yang terletak di kawasan yang tinggi. Ketinggian paras air semakin menenggelamkan rumah - rumah.

Ketika kami sampai ke sekolah, kelihatan orang begitu ramai. Di sana kami memasak secara bergotong - royong. Bekalan makanan dan minuman disediakan oleh pihak kerajaan. Waktu malam kami tidur kesejukan.

Apabila banjir mula surut, kami pun kembali ke rumah masing - masing. Rumah - rumah kami dipenuhi Lumpur dan kotoran. Kami bergotong - royong untuk membersihkan rumah.


CONTOH   : HAIWAN KESAYANGAN SAYA


Banyak haiwan jinak yang boleh dijadikan haiwan kesayangan. Kucing, anjing, arnab dan banyak lagi haiwan yang boleh kita pelihara.

Bagi saya, kucing merupakan haiwan kesayangan pilihan saya. Kucing saya diberi nama Comel. Asalnya kucing ini ditemui di tepi longkang ketika saya pulang dari sekolah. Saya kesian melihat anak kucing yang kesejukan itu.

Ibu saya menyediakan tempat khas untuk Comel. Setiap hari saya memberi Comel minum susu. Comel juga makan ikan goreng dan nasi. Saya menjaga Comel dengan teliti.

Setiap minggu saya memandikan Comel. Bulunya yang berwarna putih kekuningan amat cantik sekali. Setiap petang saya melapangkan masa bermain dengan Comel.

Kucing saya sangat pandai. Comel sudah mengenali suara saya. Comel suka bermain bola. Apabila saya memanggil namanya, Comel akan berkejar ke arah saya. Saya sangat gembira.

Sekarang Comel sudah semakin membesar. Comel masih lincah seperti dulu.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text