Social Icons

Saturday, 5 October 2013

PERBINCANGAN

PERBINCANGAN

i. Karangan jenis perbincangan masih dianggap karangan yang mementingkan fakta.

ii. Justeru, karangan ini perlu mengemukakan isi - isi yang bernas.

iii. Perbincangan tidak boleh dilakukan secara berat sebelah; seharusnya ditulis secara objektif dan rasional agar idea yang disampaikan logik dan dapat diterima.

iv. Karangan jenis ini memerlukan kita mengupas tajuk untuk memberi pendapat tentang tajuk tersebut.

v. Bahkan aspek bertentangan dengan tajuk perlu juga dikemukakan.


vi. Tiada format khusus untuk karangan jenis ini.


PENTINGNYA ALAM SEKITAR YANG BERSIH

Alam sekitar ialah alam sekeliling kita iaitu tanah, air dan udara termasuklah di dalamnya semua flora dan fauna.
Sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan menjaga alam sekitar, kita perlu menjaganya supaya sentiasa bersih. Alam sekitar yang bersih sangat penting untuk kesihatan kita. Pencemaran alam sekitar seperti asap kenderaan dan kilang akan menyebabkan kita mudah mendapat penyakit.
Seperkara lagi kita perlu menjaga kebersihan alam sekitar untuk keharmonian hidup kita. Sewaktu bercuti dapatlah kita menikmati keindahan alam sekitar negara kita bersama - sama keluarga. Bayangkanlah sekiranya alam sekitar kita telah tercemar, tentulah kita tidak dapat menikmati keindahannya lagi.
Bahkan alam sekitar yang bersih dan indah akan menjadi tarikan kepada pelancong - pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Tentulah pendapatan negara akan bertambah apabila bertambahnya bilangan pelancong ke negara kita.
Kita juga bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar kita untuk dijadikan warisan anak cucu kita di kemudian hari. Sekiranya alam sekitar tidak dipelihara tentulah banyak spesis flora dan fauna yang akan pupus. Anak cucu kita tentulah tidak mengenali flora dan fauna ini.
Oleh itu, jelaslah betapa pentingnya kita perlu menjaga alam sekitar supaya sentiasa bersih dan indah.


Contoh : MENGAPA KANAK - KANAK TIDAK DIGALAKKAN MEMAKAN MAKANAN RINGAN

Makanan ringan begitu popular di kalangan kanak - kanak. Di antara makanan ringan yang terkenal ialah twisties, potato chips dan sebagainya.

Kanak - kanak tidak digalakkan memakan makanan ringan terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan selera makan mereka. Sedangkan kanak - kanak perlu memakan makanan yang mengandungi khasiat untuk pembesaran. Antara makanan tersebut ialah nasi, daging, ikan, sayur - sayuran dan buah - buahan.

Perasa dalam makanan ringan tidak sesuai untuk kesihatan. Oleh itu, mengambil makanan ringan yang berlebihan akan membahayakan kesihatan diri.

Membeli makanan ringan yang berlebihan akan menyebabkan kita membazir wang. Kita membayar dengan nilai yang tinggi untuk memperolehi bahan - bahan yang kurang berkhasiat.

Seperkara lagi, dengan banyak memakan makanan ringan kita akan membuang sampah merata - rata. Pembalut makanan ringan akan mengotorkan alam sekitar sekiranya kita bertanggungjawab.

Jelaslah, banyak akibat buruk yang lahir daripada memakan makanan ringan. Oleh itu, kanak - kanak tidak digalakkan memakan makanan ringan secara berlebihan.


Contoh : SEKOLAH SATU SESI LEBIH BANYAK MENDATANGKAN MASALAH DARIPADA KEBAIKAN

Kementerian Pelajaran berura - ura memperkenalkan sistem pendidikan satu sessi. Masa pembelajaran bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Sekiranya sistem ini dilaksanakan banyak implikasi yang boleh timbul terutama kepada pelajar - pelajar sendiri.

Pelajar mungkin akan berasa bosan dengan masa yang terlalu panjang untuk belajar. Apabila tiba waktu petang tentu ada pelajar yang mengantuk di bilik darjah dan tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna.

Seperkara lagi yang mungkin timbul ialah masalah di dalam institusi keluarga itu sendiri. Hubungan kekeluargaan mungkin akan semakin renggang disebabkan pelajar terlalu lama berada di sekolah.

Bagi negeri - negeri yang mempunyai sekolah agama rakyat rancangan ini akan menimbulkan masalah kepada mereka. Tentulah sekolah agama rakyat akan dihentikan. Akhirnya, pendidikan agama akan semakin terabai.

Selain itu, masa bermain bersama rakan - rakan akan menjadi semakin terhad. Masa bermain telah digunakan untuk belajar di bilik darjah.

Semua ini akhirnya akan menjejaskan minat murid terhadap pelajaran. Jadi sebelum perkara ini dilaksanakan tentulah banyak perkara yang perlu diberi perhatian sewajarnya.



CONTOH : PERMAINAN VIDEO BANYAK KEBURUKANNYA

Pemainan video ialah sejenis alat permainan elektronik yang banyak mengandungi unsur - unsur yang kurang sihat.

Sebagaimana yang kita maklum, ramai pelajar yang mempunyai alat permainan video ini. Mereka membawa alat tersebut ke sekolah. Mereka tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar kerana asyik bermain walaupun guru sedang mengajar di hadapan.

Di rumah pula, mereka tentu lalai dengan permainan ini. Akibatnya semua kerja rumah yang diberikan oleh guru tidak dapat diselesaikan. Bahkan mereka juga akan menjadi malas untuk menolong ibu bapa di rumah.

Pada waktu petang, ketika rakan - rakan mengisi masa dengan bersukan, mereka yang memiliki permainan video akan leka dengan alat tersebut. Mereka tidak lagi terlibat dengan aktiviti sukan, akibatnya tubuh mereka kurang sihat dan kurang cergas.

Sebagai pelajar kita harus tidur awal. Walau bagaimanapun pelajar - pelajar yang memiliki permainan video terus leka bermain alat tersebut. Akibatnya mereka tidur lewat dan sering terlewat bangun untuk ke sekolah.

Alasan - alas an yang dinyatakan di atas,jelas membuktikan permainan video banyak mendatangkan keburukan.



Contoh : KEBAIKAN KERJARUMAH YANG DIBERIKAN OLEH GURU

Isu kerja rumah semakin banyak diperkatakan dewasa ini. Kerja rumah merupakan latihan - latihan tertentu yang diberikan oleh guru sebagai kerja tambahan di rumah.

Ada sesetengah pelajar berpendapat kerja rumah itu membebankan. Sebenarnya melalui kerja rumah yang diberikan akan menggalakkan murid - murid mengulang kaji pelajaran mereka. Bahkan murid - murid akan lebih memahami tajuk yang diajar oleh guru.

Bagi pelajar yang suka membuang masa, kerja rumah dapat membantu mereka mengisi masa dengan kegiatan yang berfaedah. Oleh itu, mereka terhindar daripada terlibat dengan gejala - gejala negatif.

Melalui banyak latihan di rumah membolehkan kita mengingati fakta - fakta dan formula - formula tertentu dengan mudah. Ini akan membantu kita mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Kerja rumah juga akan meningkatkan pengetahuan kita. Latihan yang kerap dan banyak akan membantu peningkatan pengetahuan. Ini juga boleh membentuk disiplin di kalangan pelajar.

Oleh itu, jelaslah kerja rumah yang banyak membantu pelajar - pelajar dan bukannya satu perkara yang membebankan.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text