Social Icons

Saturday, 5 October 2013

KEPERIHALAN / KBK

KEPERIHALAN / KBK


i. Karangan ini menguji kemahiran pelajar menyelesaikan masalah.

ii. Fikirkan idea paling kreatif untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii. Soalan seperti ini tidak mempunyai format khusus dan lebih merupakan contoh penulisan keperihalan.

iv. Cuma calon - calon perlu mempunyai idea yang kreatif dalam memberikan penyelesaian kepada masalah yang ditimbulkan melalui soalan yang dikemukakan.

v. Calon - calon bebas memberikan pendapat atau tindakan mereka, Cuma unsur logik dan munasabah perlu ditekankan.

vi. Yang penting sekali, soalan seperti ini sebenarnya cuba menguji "kemahiran berfikir" pelajar - pelajar.


CONTOH   : TERLAMBAT KE SEKOLAH

Kamu ingin ke sekolah sedangkan kamu telah terlambat. Padahal kelas kamu mengadakan ujian pada hari itu. Ceritakan bagaimanakah caranya kamu ke sekolah dan apa yang akan kamu lakukan setibanya di sekolah.


Pagi itu aku terlambat bangun. Kebetulan malam tadi aku tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran. Sedangkan guru akan mengadakan ujian pada pagi itu.

Aku bersiap secara tergesa - gesa. Aku bimbang hendak ke sekolah menaiki basikal kerana aku terlewat. Kebetulan bapa belum pergi ke pejabat. Aku meminta bapa menghantarku ke sekolah.

Bapa menghantar aku ke sekolah apabila diberitahu aku ada ujian pada hari itu. Setibanya di sekolah, aku terus menuju ke kelas Enam Dahlia. Pelajar - pelajar lain sudah selesai menduduki ujian. Aku lihat Cikgu Salmah tiada di kelas.

Aku segera ke bilik guru untuk berjumpa Cikgu Salmah. Aku memohon maaf kepada Cikgu Salmah kerana terlewat dan tidak sempat menduduki ujian. Cikgu Salmah menasihati aku supaya menepati waktu.

Akhirnya aku dibenarkan menduduki ujian di bilik guru. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Salmah atas sikap timbang rasanya.


CONTOH   : MENOLONG ORANG BUTA

Kamu dan rakan - rakan sedang berjalan ke sekolah, tiba - tiba kamu terlintas ada seorang yang buta penglihatannya terjatuh ketika melintas jalan. Ceritakan tindakan - tindakan kamu dan rakan - rakan untuk menolong orang buta tersebut.


Pada suatu hari, Syahmi mengajak aku dan Sivam ke kedai buku. Sedang kami berjalan - jalan, tiba - tiba aku terlihat seorang buta terjatuh ketika melintas jalan.

Aku, segera mengajak Syahmi dan Sivam ke arah orang buta itu. Setiba di sana, kami memapah orang buta itu ke tepi jalan. Aku melihat tangan dan lutunya luka. Orang itu juga tidak mampu untuk berdiri.

Syahmi mengarahkan Sivam agar segera menelefon ambulans. Sivam segera menuju ke arah telefon awam. Aku cuba menenangkan orang buta itu. Dia kelihatan panik dan tidak mampu menjawab soalan kami.

Walaupun begitu, dia sempat memberitahu alamat rumahnya. Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba. Kami membantu orang buta itu menaiki ambulans untuk ke hospital.

Setelah ambulans berlalu, Syahmi mengajak kami ke alamat diberitahu oleh orang buta itu. Kami pun segera mencari rumahnya berpandukan alamat tersebut.

Sesampai di rumah tersebut, kami memberikan salam. Keluarlah seorang wanita pertengahan umur. Kami pun menceritakan apa yang berlaku. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada kami. Kami pun berlalu pulang dengan hati yang gembira kerana dapat membantu orang buta tersebut.


CONTOH   : LEMAS DI SUNGAI

Sedang kamu pulang dari sekolah, kamu terlihat budak lemas di sungai. Kamu pula tidak tahu berenang. Ceritakan tindakan - tindakan kamu untuk menolong budak itu.


Aku pulang seorang diri dari sekolah. Untuk pulang, ke rumah aku mesti melalui sebatang sungai. Sedang aku berjalan - jalan, tiba - tiba terdengar suara budak menjerit meminta pertolongan.

Setelah mencampakkan beg sekolah aku, aku segera berlari ke arah suara tersebut. Sesampai di sana, aku tenampak seorang budak sedang terkapai - kapai meminta pertolongan.

Air sungai mengalir tidak begitu deras. Aku meninjau - ninjau sekiranya ada sesiapa yang lalu di situ. Aku pula tidak tahu berenang, tentulah sukar untuk menyelamatkan budak itu.

Aku ternampak sebatang kayu yang panjang. Aku segera menghulurkan kayu tersebut kepada budak itu. Dia Berjaya memaut pada kayu itu. Aku menariknya perlahan - lahan ke tebing sungai.

Setelah hamper di tebing, aku mencapai tangan budak itu dan menariknya ke atas. Aku cuba memulihkan semangat budak itu.

Setelah bertanyakan nama dan alamatnya, aku menghantar pulang budak itu ke rumahnya. Setibanya di sana, keluarganya mengucapkan terima kasih kepadaku. Sesudah itu, aku pulang ke rumah.


CONTOH   : MENOLONG KAWAN

Kawan kamu menangis di dalam bilik darjah sewaktu rehat. Dia kehilangan wang belanja dan tidak membawa bekalan. Manakala kamu pula hanya membawa wang belanja yang cukup untuk kamu sahaja. Ceritakan tindakan - tindakan kamu untuk mengatasi masalah kamwan kamu itu.


Aku dan Mary belajar di dalam kelas yang sama. Guru kelas kami bernama Cikgu Rosahaya. Kami berdua selalu keluar rehat bersama - sama.

Seperti biasa, apabila tiba waktu rehat aku mengajak Mary makan di kantin tetapi dia enggan. Setelah puas memujuk, aku masih tidak berjaya. Setelah berbelanja, aku kembali ke kelas.

Aku lihat Mary sedang menangis. Setelah puas bertanya, Mary memberitahu bahawa dia kehilangan wang belanja. Bekal makanan juga tidak dibawa olehnya. Aku sendiri tidak dapat membantu kerana wangku telah aku belanjakan. Manakala bekalan makanan, aku tidak membawanya.

Akhirnya aku terfikir untuk berjumpa Cikgu Rosahaya. Lantas aku segera menuju ke bilik guru. Setibanya di sana, aku segera menceritakan kepada Cikgu Rosahaya akan masalah Mary. Cikgu Rosahaya segera ke bilik darjah.

Cikgu mengajak Mary ke kantin. Cikgu Rosahaya membelikan makanan dan minuman untuk Mary. Cigku Rosahaya memuji sikapku yang mengambil berat hal kawanku. Mary turut mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku berasa bangga kerana dapat membantu kawanku.


CONTOH   : MENJAGA KEBERSIHAN KELAS

Sebagai ketua darjah kamu selalu menghadapi masalah menjaga kebersihan kelas. Kamu kurang mendapat kerjasama daripada rakan - rakan kelas kamu. Ceritakan tindakan - tindakan yang kamu ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Sudah tiga kali aku ditegur oleh Cikgu Salbiah, guru kelas Tahun Enam Cempaka. Sebagi ketua darjah aku bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kelas.

Aku dapati sikap tidak memberi kerjasama adalah punca kelas kami tidak dapat dibersihkan. Langkah pertama yang aku ambil ialah mengadakan perjumpaan dengan semua murid Tahun Enam Cempaka.

Melalui perjumpaan itu aku menegaskan betapa pentingnya sikap bekerjasama dan menjaga kebersihan kelas. Kemudian aku bertanyakan cadangan setiap mereka bagaimana hendak mengatasi masalah menjaga kebersihan kelas.

Kami semua bersetuju untuk mengadakan gotong - royong pada hari Sabtu. Sebagaimana yang dijanjikan, kami bergotong - royong pada hari tersebut. Semua pelajar menjalankan tugas masing - masing dengan penuh tanggungjawab.

Pada hari Isnin, Cikgu Salbiah memuji kelas kami kerana bersih dan ceria. Minggu berikutnya, semasa perhimpunan kelas kami diumumkan sebagai kelas terbersih.

Aku sebagai ketua darjah menerima hadiah daripada Guru Besar. Sekarang kami tahu betapa pentingnya sikap tolong - menolong dan bekerjasama itu.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text