Social Icons

Saturday, 5 October 2013

AUTOBIOGRAFI

AUTOBIOGRAFI

i. Karangan jenis ini menulis riwayat hidup penulis.

ii. Cerita perlu memaparkan peristiwa penting diri penulis misalnya asal usul, kegunaan, kelahiran hingga kematian ataupun kesudahan.

iii. Soalan mengandaikan penulis sebagai sesuatu benda seperti pen, kasut, kereta dan sebagainya.

iv. Karangan ini tidak memerlukan format khusus.



SAYA SEKAKI PAYUNG


Cik Siti Wan Kembang, begitulah nama gelaran saya. Saya dilahirkan di sebuah kilang perindustrian Parit Raja. Selepas dilahirkan, saya dibawa dengan lori ke kedai.

Di sana saya dipamerkan kepada orang ramai. Ada di antara kami yang digantung pada tiang agar mata pengunjung dapat melihat kami.

Pada suatu hari, ada seorang wanita berminat kepada saya. Dia membelek - belek tubuh saya. Saya berasa geli oleh sebab usapan tangannya. Setelah dibayar harga, wanita itu membawa saya pulang.

Saya sering dibawa oleh wanita itu. Tidak kira sama ada hujan atau panas. Pada waktu hujan, saya menghalang hujan daripada menimpa tubuh badan wanita itu tetapi saya sendiri yang basah kuyup. Di kala panas saya berjemur di bawah panas terik matahari untuk melindungi wanita itu. Begitulah tugas saya setiap hari.

Lama - kelamaan badan saya mula luka - luka. Saya sudah tidak dapat digunakan lagi. Saya menanti saat - saat akhir hidup dengan rasa sedih dan penuh keinsafan. Saya terus dibuangkannya. Begitulah akhir hidup saya sebagai sekaki paying



AKU SEBIJI BOLA


Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di kawasan perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang. Badan aku diperbuat daripada getah.

Semua orang sangat sukakan aku. Mereka mengisi angin ke dalam perutku. Angin tersebut menyebabkan perut aku kembung. Aku selalu dimainkan di padang dan di kawasan lapang. Aku sangat berguna untuk mengisi masa lapang manusia.

Aku diberi nama "Adidas". Badanku berwarna hitam dan putih. Setelah proses kelahiranku selesai, aku dihantar ke kedai peralatan sukan di sebuah Bandar di Seberang Prai. Di sana, aku dipamerkan. Seorang pelajar lelaki sangat berminat kepada aku. Aku telah dibeli dan dibawa pulang ke rumah. Nama tuan baruku ialah Ahmad Syawal. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Seberang Prai.

Setiap petang, aku dibawa ke padang sekolah. Di sana, Ahmad Syawal dan rakan - rakannya menendang aku ke sana ke mari. Badanku terasa sakit apabila ditendang, ditanduk dan dilambung. Di gawang gol, aku selalu cuba ditangkap oleh budak yang menjaga gol tersebut.

Lama - kelamaan perut aku kempis. Walaupun tuanku kerap mengisi angin ke perutku, aku tidak kembung seperti dulu lagi. Akibatnya aku dicampakkan ke dalam timbunan sampah - sarap. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebiji bola.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text