Social Icons

Saturday 5 October 2013

DIALOG

DIALOG


i. Karangan jenis ialah adalah pengucapan atau kata bual watak - watak tertentu.

ii. Dalam UPSR, penutur biasanya terdiri daripada dua orang.

iii. Penulisan jenis ini mempunyai format khusus.

iv. Penggunaan kata ganti yang sesuai amat penting.

v. Penggunaan kata singkatan dibenarkan dalam karangan jenis ini.

vi. Nama penutur ditulis selari di sebelah kiri. Selepas itu di sebelah setiap nama watak ditulis tanda noktah bertindih (:).

vii. Karangan jenis ini mungkin diuji dalam bentuk perbualan biasa, perbincangan sesuatu topic atau perbualan telefon.

viii. Kebiasaannya masih berbentuk fakta, memerlukan perbualan yang bernas dalam pengutaraan idea - idea.



Contoh   : CARA - CARA MENJAGA KEBERSIHAN
MAKANAN

Kudin : Tadi cikgu menjelaskan bahawa di sekeliling kita sebenarnya terdapat
pelbagai jenis bakteria yang boleh mendatangkan penyakit.

Hasrul : Bagaimanakah kita dapat menjaga kebersihan makanan?

Kudin : Kita perlu pastikan peralatan yang kita gunakan itu bersih.

Hasrul : Kalau begitu, setiap alat yang hendak digunakan untuk memasak
mestilah dicuci dengan bersih dan bebas daripada kuman.

Kudin : Di samping itu, orang yang menyediakan makanan harus memastikan
tangan dan pakaian mereka sentiasa bersih daripada pencemaran.

Hasrul : Tangan perlulah dibasuh dengan sabun. Seelok - eloknya apabila
hendak memasak kita pakai apron dan menutup kepala.

Kudin : Seperkara lagi, kita harus menyimpan makanan di tempat yang selamat.

Hasrul : Bahan - bahan yang basah seperti ikan, daging dan sayur - sayuran
boleh disimpan di dalam peti sejuk. Manakala bahan - bahan kering
seperti cili, ikan bilis, kentang dan sebagainya boleh disimpan di dalam almari.

Kudin : Untuk memastikan makanan yang dihidangkan itu bersih dan tidak
tercemar kita seharusnya menudungkan makanan yang hendak
dihidangkan.

Hasrul : Saya tahu lalat ialah penyebab penyakit taun. Oleh itu, makanan kita
harus ditutup supaya tidak dihinggapi lalat.

Kudin : Makanan bersih akan menyebabkan kita terhindar daripada segala jenis
penyakit.

Hasrul : Kita seharusnya sentiasa berjaga - jaga.



Contoh   : CARA - CARA MENJAGA KESIHATAN
GIGI

Fatin : Cikgu kata esok doktor gigi akan melawat sekolah kita.

Suri : Baguslah! Kalau begitu bolehlah kita memeriksa gigi kita.

Fatin : Itulah sebabnya cikgu berpesan agar kita menjaga gigi dengan baik. Gigi
adalah salah satu anggota yang penting kepada kita.

Suri : Oleh itu, kita harus memberus gigi setiap hari. Kita harus memberus gigi
kita sekurang - kurangnya sebanyak tiga kali setiap hari tapi sebaik - baiknya kita menggosok gigi setiap kali selepas makan dan juga sebelum tidur.

Fatin : Bahkan kita juga harus memberus gigi dengan teknik yang betul. Di
samping itu, kita harus mengurangkan memakan makanan yang manis.

Suri ; Coklat, aiskrim dan lain - lain manisan perlu dikawal pengambilannya.
Ini merupakan langkah - langkah untuk menjaga kesihatan gigi.

Fatin : Kesedaran juga merupakan perkara penting untuk menjaga kesihatan
gigi.

Suri : Melalui kempen ini kita boleh menjelaskan kepada orang ramai betapa
pentingnya menjaga kesihatan gigi itu.

Fatin : Di samping itu, kita harus selalu berjumpa doktor.

Suri : Sekurang - kurangnya enam bulan sekali kita perlu berjumpa doktor gigi
untuk membuat pemeriksaan. Doktor akan memberitahu tentang apa
yang perlu dilakukan terhadap gigi kita.

Fatin : Saya pun berazam akan menjaga gigi saya.

Suri : Kita mesti menjaga gigi kerana ia sangat penting dalam hidup kita.



Contoh   : CARA - CARA MENJAGA ALAM SEKITAR

Alwi : Sabtu ini cikgu akan mengadakan kempen mencintai alam sekitar.

Aizat : Ya, sepatutnya kita bersama - sama menjaga kebersihan dan keindahan
alam sekitar kita.

Alwi : Kita boleh mengadakan gotong - royong untuk membersihkan alam
sekitar kita agar benar - benar terpelihara.

Aizat : Salah satu cara kita menjaga alam sekitar kita adalah dengan
membuang sampah di tempat yang disediakan.

Alwi : Mereka yang membuang sampah di sungai bukan sahaja akan
mencemarkan sungai malahan hidupan air seperti ikan yang akan
menerima kesannya.

Aizat : Bagaimana pula dengan pencemaran udara kita?

Alwi : Kita seharusnya mengurangkan pembakaran bahan - bahan kerana
asap akan mencemarkan udara kita. Misalnya pengguna kenderaan
boleh bertukar kepada petrol tanpa plumbum. Ini juga cara untuk menjaga udara kita daripada tercemar.

Aizat : Satu lagi cara adalah dengan mengadakan kempen kesedaran.

Alwi : Kerajaan semakin banyak melaksanakan kempen kesedaran kepada
ahli masyarakat agar mereka sedar betapa pentingnya menjaga alam
sekitar kita.

Aizat : Saya pasti akan hadir pada hari Sabtu ini untuk menyertai kempen
tersebut.

Alwi : Baguslah kalau begitu. Ajaklah rakan - rakan kita yang lain.




Contoh     : CARA - CARA MENGGEMBIRAKAN HATI
KAWAN

Prema : Apakah perkara yang paling menggembirakan hati kamu. Mary?

Mary : Bagi saya perkara yang menggembirakan ialah dapat menyenangkan
hati kawan saya.

Prema : Betul juga itu. Bagaimanakah caranya kita dapat menggembirakan
kawan kita?

Mary : Cara yang terbaik untuk menggembirakan hati kawan kita ialah
menolongnya ketika di dalam kesusahan. Melalui cara ini kawan kita
sentiasa akan mengingati kita kerana pertolongan kita itu.

Perma : Pergaulan kita dengan kawan kita juga harus dijaga. Kita mestilah selalu
menunjukkan kelakuan yang baik kepadanya.

Mary : Betul tu! Kita juga seharusnya tidak menyakiti hati kawan kita bukan
sahaja dengan kelakuan kita tetapi juga dengan perkataan.

Prema : Lagipun kita tidak boleh sombong. Kalau kita sombong tentu tiada orang
yang ingin berkawan dengan kita.

Mary : Orang yang sombong pasti akan kehilangan kawannya.

Prema : Apa lagi cara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan perhubungan
kita?

Mary : Kita mestilah sentiasa berfikiran terbuka kerana melalui sikap ini kita
mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.

Prema : Betul kata kamu tu. Saya akan belajar untuk menjaga hati kawan saya.

Mary : Baguslah kalau kamu berazam seperti itu.



Contoh   : CARA - CARA UNTUK MENYIMPAN WANG


Firdaus : Baru - baru ini ada tak kamu membaca akhbar yang menggalakkan kita
agar menyimpan wang?

Kumar : Ada. Menyimpan wang memang merupakan satu amalan yang sihat.

Firdaus : Saya sudah berazam, mulai sekarang saya akan berjimat dengan duit
perbelanjaan sekolah saya.

Kumar : Itu satu sikap yang positif. Seharusnya kita bijak membelanjakan wang,
melalui cara ini kita dapat menyimpan wang kita.

Firdaus : Lagipun, ayah sudah membeli sebuah tabung. Saya ingin menyimpan
wang tersebut di dalam tabung baru saya itu.

Kumar : Menabung adalah satu langkah yang bijak untuk menyimpan wang.
Apabila wang kita banyak, kita boleh membuka akaun di bank.

Firdaus : Benarlah itu, kerana menyimpan wang di dalam bank merupakan satu
langkah keselamatan. Adakah cara lain untuk kita mendapatkan wang
dengan segera?

Kumar : Banyak perkara yang kita boleh lakukan seperti mengumpul dan
menjual akhbar lama, botol - botol, tin - tin minuman yang terpakai dan ini semua merupakan cara kita dapat menyimpan wang.

Firdaus : Bagus juga cadangan kamu itu.

Kumar : Saya ingin meminta ayah saya membelikan tabung untuk saya.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text