Social Icons

Saturday 5 October 2013

SYARAHAN

SYARAHAN

i. Syarahan adalah jenis karangan yang bertujuan untuk disampaikan dalam sesuatu situasi.

ii. Dalam peperiksaan, syarahan diuji dalam situasi pertandingan

iii. Karangan ini memerlukan kepada penyampaian pengetahuan melalui isi - isi dan fakta - fakta secara tepat, logik dan meyakinkan pendengar.

iv. Penulisan jenis ini mempunyai format yang khusus terutama dalam kata - kata aluan dan laras bahasa.


Contoh : IBU BAPA BERPERANAN DALAM MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru - guru dan rakan sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera.

Berdirinya saya di sini, untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Ibu Bapa Berperanan dalam Membentuk Disiplin Pelajar". Ini bermaksud ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam mendidik pembentukan sahsiah anak - anak mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Bagi seorang pelajar masanya lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah. Oleh itu, ibu bapa lebih lama bersama mereka daripada guru. Tentulah ibu bapa dapat memberikan perhatian dalam pembentukan disiplin anak mereka.

Ibu bapa juga lebih memahami tingkah laku anak - anak mereka. Melalui kesedaran ini, tentulah mudah bagi ibu bapa untuk membentuk peribadi anak - anak mereka.

Sebagai ibu bapa tentulah mereka lebih bertanggungjawab dalam soal mendidik anak. Mereka tidak mahu anak mereka terlibat di dalam gejala - gejala yang negatif. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan pihak lain untuk membentuk disiplin anak - anak mereka.

Ibu bapa lebih ikhlas dalam mendidik anak. Mereka juga tidak mengharapkan apa - apa balasan daripada usaha yang dibuat. Ibu bapa lebih mengharapkan kejayaan anak - anak mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Melalui huraian di atas, jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan disiplin anak - anak mereka.


CONTOH : TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP SEKOLAH

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Guru, Penasihat Kelab Bahasa Melayu, guru - guru dan rakan - rakan sekalian. Salam sejahtera saya mulakan sebagai pembuka bicara. Berdirinya saya di sini pada petang ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, "Tanggungjawab Murid Terhadap Sekolah".

Guru - gur dan rakan - rakan sekalian,

Tanggungjawab lebih bermaksud kepada kewajipan pelajar kepada sekolah itu sendiri. Sebagai murid kita perlu menjaga nama baik sekolah kita. Ini dapat dilaksanakan dengan menjadi pelajar yang berdisiplin.

Sebagai pelajar, kewajipan penting ialah belajar dengan bersungguh - sungguh untuk meraih kejayaan cemerlang. Malahan dengan cara ini imej turut dihormati oleh masyarakat kerana dapat melahirkan pelajar - pelajar yang cemerlang dalam akademiknya.

Seperkara lagi yang dapat kita lakukan ialah dengan menonjolkan diri dalam bidang kokurikulum yang kita sertai. Apabila kita mewakili sekolah dalam sesuatu acara sukan ataupun persatuan, kita perlu menjadi johan. Ini akan mengharumkan nama sekolah kita.

Tanggungjawab kita sebagai murid ialah perlu memastikan kebersihan sekolah kita. Sekolah yang bersih dan indah akan mewujudkan suasana belajar yang lebih selesa.

Justeru, melalui huraian di atas, tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh murid - murid terhadap sekolah mereka amat luas sekali.

Sekian, terima kasih.


Contoh   : BAHAYA PENCEMARAN KEPADA MANUSIA

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru - guru, para hakim yang arif dan bijaksana dan rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah "Bahaya Pencemaran Kepada Manusia". Pencemaran membawa maksud pengotoran yang berlaku sama ada kepada udara, air dan sebagainya yang boleh membawa mudarat kepada kehidupan kita sebagai manusia.

Rakan - rakan dan hadirin sekalian,

Pencemaran udara boleh yang berlaku akibat asap yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang boleh membahayakan kesihatan kita. Pelbagai bahan beracun yang bercampur dalam udara amat berbahaya kepada manusia.

Pencemaran air akibat tumpahan minyak dan pembuangan sampah menyebabkan kehidupan air terancam. Manusia yang bergantung rezeki di laut seperti nelayan akan terjejas pendapatannya. Malahan sumber makanan seperti ini turut membahayakan diri pengguna.

Rakan - rakan dan para hadirin,

Pencemaran bunyi berpunca daripada pelbagai projek yang dilaksanakan. Bunyi bising yang keterlaluan ini turut mengganggu ketenteraman kehidupan kita seharian. Banyak kesan negative yang timbul berpunca bunyi bising ini seperti tekanan jiwa dan mental.

Suasana alam sekeliling yang kotor dan terancam turut menyebabkan pelancong kurang berkunjung ke negara kita. Akibatnya pendapatan negara turut terjejas ekoran sikap tidak bertanggungjawab kita.

Jelaslah melalui penerangan di atas akan bahaya pencemaran kepada manusia.

Sekian terima kasih.


Contoh   : FAEDAH MENJAGA KEMUDAHAN AWAM

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru - guru dan rakan sekalian. Berdirinya saya pada pagi ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Faedah Menjaga Kemudahan Awam". Sebagaimana yang kita tahu kemudahan awam ialah seperti telefon awam, perhentian bas, tandas awam dan sebagainya.

Tuan - tuan dan puan - puan,

Kemudahan awam perlu dijaga dan digunakan dengan baik, supaya ia dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada rakyat di saat - saat ia diperlukan. Contohnya, jika berlaku kebakaran, telefon awam berperanan menyelamatkan nyawa dan harta benda sekiranya pihak bomba dapat dihubungi lebih awal.

Tandas awam yang bersih memberi keselesaan kepada kita. Kalau ianya kotor dan busuk tentulah mencemarkan pandangan dan kita sendiri jijik untuk menggunakannya.

Perhentian bas didirikan untuk memberi keselesaan kepada pengguna ketika menunggu bas. Jika ianya rosak tentulah kita sebagai pengguna sendiri yang rugi.

Perhentian bas didirikan untuk memberi keselesaan kepada pengguna ketika menunggu bas. Jika ianya rosak tentulah kita sebagai pengguna sendiri yang rugi.

Perpustakaan awam memberikan kemudahan kepada kita untuk meminjam buku. Sekiranya kita tidak jujur dan amanah tentulah faedahnya tidak dapat dirasai oleh orang lain.

Tuan - tuan dan puan - puan,

Saya amat berharap agar kita sedar dan mempunyai rasa bertanggungjawab untuk menjaga kemudahan awam supaya ia dapat digunakan tanpa masalah

Sekian, terima kasih.


Contoh   : FAEDAH MEDIA MASSA

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para hakim, guru - guru dan rakan - rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Berdirinya saya pada pagi ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Faedah Media Massa".

Media massa adalah alat perhubungan sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat seharian.

Rakan - rakan sekalian,

Televisyen sebagai alat elektronik banyak memberi pengetahuan kepada kita. Melalui rancangan pendidikan ianya meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Manakala rencana - rencana memberi maklumat baru yang kita tidak ketahui.

Kita boleh memperoleh bimbingan dan panduan mengenai agama melalui rancangan agama yang disiarkan di radio. Malahan melalui soal jawab agama kita dapat menyelesaikan kemusykilan kita.

Akhbar sebagai media massa bercetak banyak memaparkan berita - berita terbaru sebagai sumber maklumat kepada kita. Berbagai - bagai perkara yang berlaku di sekeliling kita dapat di ketahui dengan membaca akhbar.

Manakala majalah pula di samping memuatkan rencana - rencana tertentu ianya lebih merupakan bahan bacaan ringan. Kita boleh mendapatkan hiburan dan merehatkan minda dengan membaca majalah.

Rakan - rakan sekalian,

Jelaslah betapa banyak faedah yang dapat kita perolehi melalui pelbagai jenis media massa yang ada dewasa ini. Kitalah yang seharusnya bijak menggunakannya.

Sekian, terima kasih.



1 comment:

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text