Social Icons

Saturday 5 October 2013

MENYAMBUNG CERITA

MENYAMBUNG CERITA


i. Karangan jenis ini terbahagi kepada dua:
- memulakan cerita
- menyudahkan cerita

ii. Permulaan cerita tidak perlu disalin dan permulaan tersebut tidak termasuk dalam bilangan perkataan. Sama juga dengan pengakhiran cerita yang diberikan juga tidak termasuk dalam bilangan perkataan.

iii. Perkaitan cerita dengan idea yang diberikan amat penting.

iv. Cerita perlu dikuasai agar penyampaiannya menarik.

v. Pastikan suasana petikan, malam atau siang, cuaca baik ataupun hujan, ramai watak dan peranan watak.

vi. Ceritanya mestilah logik walaupun rekaan.

vii. Aspek pengajaran dan moral penting disisipkan dalam cerita.

viii. Karangan jenis ini tiada format khusus.


CONTOH   : SESAT DI HUTAN

Pada cuti penggal baru - baru ini sekolah kami telah mengadakan perkhemahan. Abu turut serta…


Abu turut serta dalam aktiviti perkhemahan itu. Apabila tiba di sana, kami telah dibahagikan tugas masing - masing. Ada yang memasang khemah dan ada pula yang membersihkan kawasan. Abu ditugaskan untuk mencari kayu api.

Abu berjalan ke dalam hutan dengan membawa sebilah parang. Abu mengumpulkan kayu api untuk dibawa pulang ke tempat perkhemahan. Abu mencari kayu semakin jauh ke dalam hutan.

Kayu yang dikumpulkan oleh Abu sudah banyak. Abu pun bersedia untuk pulang. Dia cuba mencari jalan pulang tetapi tidak ditemui. Abu berasa takut dan bimbang. Dia telah tersesat dalam hutan.

Abu mendapat ikhtiar. Dia teringat ajaran guru pengangkapnya. Setelah mengumpulkan ranting - ranting dan rumput - rumput kering, Abu membakarnya. Dia tahu dengan cara itu akan membantunya kerana asap daripada pembakaran tersebut akan dilihat oleh mereka yang mencarinya.

Sangkaan Abu tepat sekali, asap tersebut telah dilihat oleh kumpulan yang mencarinya. Mereka segera ke tempat asap telah bertemu dengan Abu. Abu sangat gembira kerana bertemu kembali dengan rakan - rakannya.

Pengalaman tersebut banyak mendidik Abu. Dia tahu apabila ingin ke hutan, dia mestilah membawa teman bersama - sama. Pengalaman tersebut akan dijadikan pengajaran dalam dirinya.


CONTOH   : MALANG TIDAK BERBAU

…aku pun mula insaf sejak peristiwa itu. Aku berjanji bersungguh - sungguh tidak akan melakukan lagi perbuatan seperti itu lagi.


Aku adalah anak tunggal dalam keluargaku. Ibu dan ayah sangat memanjakan diriku. Aku menjadi anak yang sombong dan nakal.

Pada suatu pagi, aku tidak pergi ke sekolah. Aku mengajak Lamin dan Anwar turut sama untuk ponteng. Pagi itu aku sudah mengatur suatu rancangan.

"Kita hendak ke mana ni?" tanya Anwar tidak sabar - sabar lagi.

"Sabar sahajalah," kataku, lalu mengajak temanku untuk ikut sama dengan rancangan yang aku atur.

Aku mengajak Lamin dan Anwar untuk memanjat pokok rambutan Pak Dollah. Mereka takut untuk mencuri. Jadi, aku sajalah yang memanjat. Mereka berdua menanti di bawah pokok.

Setiba di atas pokok, aku mula memetik buah rambutan itu. Hati aku semakin seronok melihat di hujung dahan rambutan yang masak ranum begitu lebat berbuah. Aku cuba memetiknya tetapi malang tidak berbau, aku terjatuh ke tanah. Aku tidak sedarkan diri.

Apabila aku membuka mata, aku dapati di kiri dan kananku berdiri ayah dan ibuku. Rupa - rupanya aku berada di hospital. Aku pun mula insaf sejak peristiwa itu. Aku berjanji bersungguh - sungguh tidak akan melakukan lagi perbuatan seperti itu lagi.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text