Social Icons

Saturday 5 October 2013

SYAIR KEPENTINGAN ILMU

CONTOH 23 : SYAIR KEPENTINGAN ILMU

Tulis beberapa amalan baik yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Ilmu itu besar gunanya,
Intan permata bukan nilainya,
Sangat susah hendak mendapatnya,
Terpaksa belajar untuk mencarinya.

Kalau ilmu sudah di dada,
Segala kehendak boleh diada,
Kerja yang susah dapat dipinda,
Kerana ilmu datang melanda.

Kalau hidup ilmunya kurang,
Selalu menjadi hamba orang,
Ke mana pergi selalu terbuang,
Ibarat bulu terlayang - layang.

Jawapan:

Nilai menuntut ilmu tidak dapat diganti dengan harta kekayaan. Ilmu tidak dapat diperoleh dengan mudah tetapi kita perlu berusaha untuk menguasainya. Nilai daya usaha sangat penting untuk menguasai ilmu. Apabila kita menguasai ilmu segala kerja dapat dipermudahkan. Kita perlulah menguasai ilmu agar dapat membantu memajukan negara. Orang yang tidak menguasai ilmu sentiasa berada di bawah. Nilai kerajinan penting untuk menguasai ilmu. Tanpa nilai rajin sukar kita menguasai ilmu. Sesungguhnya, kita perlulah menguasai ilmu untuk mendapat kedudukan dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text