Social Icons

Saturday 5 October 2013

PANTUN DUA KERAT

CONTOH 10 : PANTUN DUA KERAT

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama - lama mencuri.


Sudah gaharu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula.

Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci

Mengaku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.

Jawapan:

Manusia ini berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi fizikal ataupun pandangan tentang sesuatu perkara. Oleh itu, kita mestilah hormat - menghormati antara satu sama lain. Seorang yang hatinya terang mudah memahami ilmu yang diajarkan. Selain itu, nilai kejujuran penting ditanam dalam diri kerana sikap berbohong membiakkan amalan negatif lain seperti mencuri. Kita jangan suka melihat keburukan orang lain sedangkan diri kita sendiri banyak melakukan kesilapan. Apa pun, kita perlulah tanamkan sifat kasih sayang sesama kita dan bukannya benci - membenci.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text