Social Icons

Saturday 5 October 2013

IMAGINATIF / CEREKA

IMAGINATIF / CEREKA


i. Karangan jenis ini merupakan karangan yang berbentuk cerita.

ii. Karangan anda mestilah mempunyai perkembangan isi atau susunan peristiwa iaitu permulaan, puncak, dan penutup cerita.

iii. Bahasa yang digunakan hendaklah menarik dan mempunyai unsur - unsur kreatif. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis ayat dan ungkapan atau kiasan yang sesuai dengan cerita.

iv. Karangan anda seharusnya menonjolkan cerita yang menarik, mencabar, dan yang dapat memaparkan idea yang kreatif.

v. Karangan jenis ini tidak mempunyai format yang khusus.


CONTOH   : KALAU SAYA MENJADI DOKTOR


Sebagai seorang pelajar saya juga mempunyai impian dan cita - cita. Cita - cita saya ialah menjadi seorang doktor.

Untuk menjadi seorang doktor, saya perlu belajar bersungguh - sungguh. Tanpa kejayaan dalam pelajaran pasti saya tidak akan mencapai cita - cita saya. Oleh itu, saya akan berusaha bersungguh - sungguh agar berjaya ke menara gading. Sekiranya cita - cita saya menjadi seorang doktor tercapai, saya akan merawat ahli keluarga saya. Ayah saya sehingga sekarang masih terlantar sakit akibat kencing manis yang dihidapinya. Saya akan merawat ayah saya hingga sihat.

Satu perkara lagi, ramai orang miskin yang tidak mampu untuk membayar kos perubatan. Sekiranya saya menjadi doktor, saya tidak akan mengenakan bayaran bagi mereka yang tidak mampu.

Kini ramai mangsa peperangan menemui kematian. Saya akan berkhidmat secara sukarela di Iraq dan Palestin. Mereka ialah mangsa yang terkorban akibat kekejaman peperangan.

Itulah azam dan tekad saya sekiranya menjadi seorang doktor. Saya akan berusaha bersungguh - sungguh demi kesihatan rakyat Malaysia.



CONTOH   : MIMPI YANG MENAKUTKAN

Hari semakin gelap. Aku berjalan - jalan untuk mencari tempat perlindungan. Aku ternampak seperti ada api di hujung perjalananku. Aku mempercepatkan langkah agar segera sampai ke sana. Semakin dekat, semakin jelas sebuah pondok usang di kawasan hutan itu.

Aku memberanikan diri menghampiri pondok itu. Setelah puas mengetuk dan memberi salam masih tiada orang yang menyahut. Aku pun menolak daun pintu pondok itu.

Alangkah terkejutnya aku, apabila melihat satu lembaga yang begitu besar dan hodoh sedang menunggu di dalam pondok itu. Matanya merah menyala, rambutnya panjang dan giginya bertaring. Lembaga itu menyeringaikan giginya ke arah aku. Suaranya menakutkan.

Aku tidak menunggu lama. Tanpa menghiraukan lembaga itu aku terus cabut lari. Lembaga itu semacam mengejar aku dari arah belakang. Larianku makin laju dan pantas. Aku tidak sedar ada lubang di hadapanku. Aku terjatuh ke dalam lubang itu. Aku menjerit meminta pertolongan.

Ibu menggerak - gerakkan badanku menyuruh aku bangun. Sebaik sahaja tersedar, aku berada di bawah katil. Rupa - rupanya aku bermimpi. Malam itu, ibu menemani aku tidur kerana aku masih dalam ketakutan.


CONTOH   : SUKAN YANG PALING SAYA MINATI


Bersukan merupakan amalan yang dapat menjaga kesihatan tubuh kita. Sukan yang paling saya minati ialah sukan bola sepak.

Saya meminati permainan bola sepak kerana sukan ini begitu popular di negara kita. Sejak kecil lagi, saya telah terlibat dengan sukan bola sepak ini.

Setiap petang saya akan bermain bola sepak dengan rakan - rakan saya di padang sekolah. Melalui permainan ini, saya mendapat ramai kenalan. Bahkan semasa berehat, kami dapat berbincang mengenai pelajaran.

Kebolehan saya yang istimewa dalam bola sepak telah menyebabkan saya terpilih untuk mewakili sekolah. Melalui permainan bola sepak, saya dapat mengharumkan nama sekolah.

Sebagai sukan popular, bola sepak boleh dijadikan sumber rezeki yang lumayan dalam hidup kita. Apabila dewasa nanti, saya berazam untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Oleh itu, setiap petang saya akan bermain bola sepak. Permainan ini merupakan sukan yang paling saya minati.


CONTOH   : BERJUMPA MAKHLUK ASING


Pada suatu petang, Firdaus mengambil angin di belakang rumahnya. Dia berehat di bawah sebatang pokok yang rendang. Tiba - tiba, di sebalik hutan kecil yang terdapat di hujung padang, kelihatan satu lembaga makhluk aneh.

Firdaus bangun menghampiri makhluk tersebut. Makhluk itu mengenalkan namanya sebagai Kito. Makhluk itu datang dari planet Musytari. Firdaus gembira dapat berkenalan dengan Kito.

Sejurus kemudian, Kito mengajak Firdaus melihat kapal angkasanya. Kito memberitahu Firdaus bahawa kapal angkasanya mengalami kerosakan. Firdaus kagum melihat kapal angkasanya yang berbentuk bulat seperti piring terbang itu.

Kito mengajak Firdaus masuk ke dalam kapal angkasa. Firdaus cuba membantu Kito untuk membaiki kapal angkasa tersebut. Tidak lama kemudian, kapal angkasa itu dapat diperbaiki.

Apabila kapal angkasa itu siap dibaiki, Kito meminta diri untuk kembali ke tempatnya di planet Mustari. Kapal angkasa itu memecut naik ke atas dan hilang dari pandangan Firdaus yang sedang melambai - lambaikan tangannya.

Hingga ke hari ini, Firdaus tidak dapat melupakan temannya Kito yang datang dari angkasa lepas itu. Firdaus berharap pada suatu hari nanti dia dapat bertemu kembali dengan Kito.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text