Rencana dalam surat berita kakitangan
PASUKAN GLOBAL MENDAPAT TEMPAT KEDUA
Kekuatan dan stamina tiga orang kakitangan Global telah diuji apabila mereka menyertai pusingan akhir Pertandingan Tech-stars peringkat Asia yang diadakan di Bali, Indonesia.
Global Holding telah dijemput menyertai pertandingan akhir Asia ini setelah memenangi acara saringan kawasan yang berlangsung di Kuala Lumpur dan sebagai naib juara bagi pusingan akhir Malaysia.
Semua peserta disyaratkan sebagai pekerja dalam bidang teknologi maklumat dan pasukan Global sering menyertainya setiap tahun semenjak 1985 apabila mereka telah melangkah ke peringkat akhir Asia. Pertandingan tahun ini mengandungi lapan buah acara tahan lasak dan berasaskan olahraga dalam satu hari, yang mana 3 daripada 5 ahli kumpulan terpaksa bertanding.
Namun begitu, akibat daripada komitmen cuti, pada tahun ini pasukan Global bertanding tanpa dua orang atlet utamanya. Hanya Ahmad Mukri, Tan Hwee Ming dan Sarban Singh yang bertanding dalam acara ini. Setelah mengharungi halangan sepanjang hari, pasukan ini terpaksa pula menghadapi acara 2000 meter lari berhalangan, dan semua ahli pasukan menunjukkan prestasi yang mantap.
Keputusan akhir, pasukan Global telah mempamerkan persembahan yang membanggakan dan memperoleh tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada mereka!
-----------------------------------------------------------------------------------------
Siaran akhbar mengumumkan pembukaan cawangan baru
Tuner Communications Pakar telefon mudah alih
21, Jalan Damansara, Tel +44 114 2871122
Kuala Lumpur Fax +44 114 1871123
Malaysia Email TurnerComm@intl.uk <mailto:TurnerComm@intl.uk>
ST/BT
15 J5 Jun 200_Comm@intl.ukkaan cawangan barun kami di talian 0114-453 2567 untuk membuat tawaran serta-merta.tuan dapat menggunaun 200_
TARIKH SIARAN: Serta-merta
PERASMIAN PASARAYA TURNER
Pakar telefon mudah alih yang tidak asing lagi, Turner Commnunications, pada hari ini telah mengumumkan pembukaan kedai barunya yang dikenali sebagai PEMBEKAL ALATAN PEJABAT TUNER. Kira-kira 50 jawatan baru telah diwujudkan hasil daripada pembukaan baru ini.
Turner Commnunications, telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai peneraju di bidang komunikasi mudah alih di Malaysia. Perjanjian perayauan antarabangsa telah dibuat dengan banyak Negara di seluruh dunia.
Perniagaan baru yang akan dirasmikan tidak lama lagi adalah sebuah Pasar Raya Besar bagi peralatan pejabat. Pasar raya ini terletak di lokasi yang utama di pusat Membeli-belah Meadowhall di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur.
Suatu majlis pembukaan yang gilang-gemilang sedang dirancang pada hari Isnin, 1 hb Julai nanti dengan tawaran istimewa kepada 100 pelanggan yang pertama.
Sally Turner, Pengarah Urusannya berkata, 'Kami sangat gembira memperkatakan tentang pasaraya pejabat yang baru ini dan kami yakin bahawa ia akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan'
Hubungi : Suzana Hasan, Pengurus Pemasaran, Turner Commnunications
Telefon : 0114 287 1122
------------------------------------------------------------------------------
Siaran akhbar mengumumkan pembukaan sayap baru hotel
FK/ST
13 September 200_
TARIKH EMBARGO: Serta-merta
KONSEP PERKHIDMATAN BARU DI HOTEL SG. LONG MALAYSIA
Perkhidmatan, satu perkataan keramat dalam sektor industri perhotelan kini mendapat perspektif baru apabila sayap Regency Suites di Hotel Sg. Long Malaysia dibuka pada awal 200_.
Produk pasaran atasan hotel ini difokuskan kepada pengembara korporat. Bersesuaian dengannya, beberapa khidmat peribadi di beberapa bahagian hotel ini kini boleh didapati oleh pengunjung yang arif.
Pusat Perniagaan kami, suatu bahagian yang amat penting kepada ahli-ahli perniagaan yang sentiasa bergerak pantas, akan beroperasi selama 24 jam dan 7 hari seminggu. Dengan pertambahan waktu perkhidmatan ini, para eksekutif yang sibuk kini boleh menikmati kemudahan mengendalikan perniagaan mereka tidak kira, waktunya sama ada beliau menunggu faksimile penting pada jam 1 pagi atau e-mel, faks atau surat sekalipun di tengah malam, waktu bukan menjadi isu lagi. Pusat Perniagaan kami dilengkapi dengan perkhidmatan kesetiausahaan yang lengkap termasuklah perpustakaan rujukan yang komprehensif, komputer peribadi, akses kepada Internet, pejabat peribadi dan bilik konferensi dengan kemudahan lounge.
Perkhidmatan mengemas dan mencuci pakaian juga boleh diperoleh bila-bila masa sepanjang 24 jam. Tetamu yang lewat tiba pada waktu malam tidak perlu risau untuk menggosok baju bagi mesyuarat awal pagi esok. Permintaan bagi bantal tambahan, syampu atau alat tulis, atau apa jua keperluan, akan dipenuhi tanpa mengira masa.
Satu pasukan khidmat yang profesional akan bersedia untuk menjawab apa jua pertanyaan dan menyediakan maklumat yang diperlukan oleh tetamu, daripada tempahan makan malam sehingga tayangan wayang gambar, atau sehinggalah mencari tukang kasut yang terbaik di bandar ini.
Wakil lapangan terbang di hotel ini bukan saja akan menjemput para tetamu sebaik sahaja tiba di lapangan terbang tetapi juga bersedia menghantarnya ketika keberangkatan. Tambahan kepada 2 buah limosin, terdapat juga sepasukan 14 buah kereta yang sedia digunakan pada setiap masa untuk bersiar-siar di bandar atau perjumpaan perniagaan.
Dengan 148 buah cawangan Hotel Sg. Long di seluruh dunia, Sg. Long Malaysia ini telah meletakkan dirinya sebagai hotel yang terkemuka, dan menjadikannya pilihan yang tepat bagi semua pengembara.
-tamat-
Hubungi Nur Iman Balqis, Pengurus Perhubungan Awam
Telefon 3432343 sambungan 145
No comments:
Post a Comment