Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
PUISI BUAT MAMA
Kau terpaksa pergi
meninggalkan Ida di buaian
antara rela dan tidak
melepaskan kucupan
walaupun kau lebih dari tahu
tidak ada yang lebih berharga
selain dakapan mesra dan susuan ibu
Kali ini
kita biarkanlah perpisahan ini
satu pengorbanan yang perlu
kerana hidup ini hanya akan bererti
bila kita tiba - tiba merasa kehilangan
dan diperlukan (Adi Badiozaman Tuah)
Jawapan:
Kasih sayang yang wujud antara anak dan ibu adalah sesuatu yang tidak dapat dirungkaikan. Sebagai ibu, tanggungjawab terhadap keluarga sangat penting. Anak yang membesar dengan kasih sayang ibu terpaksa merelakan perpisahan kerana menjadi tanggungjawab ibu mencari nafkah untuk keluarga apabila ayah sudah tiada. Sebagai anak kita mestilah sentiasa taat dan menghormati ibu. Pengorbanan ibu begitu besar sekali dan sukar untuk dibalas. Kita perlulah sentiasa menyayangi ibu kita kerana apabila mereka sudah tiada barulah kita akan berasa kehilangannya.
No comments:
Post a Comment