Social Icons

Saturday, 5 October 2013

TOKOH PEJUANG

CONTOH 15 : TOKOH PEJUANG

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ngah Seman tersenyum, setelah semuanya selamat barulah Ngah Seman bersama Kasim dan Muin yang cedera dinaikkan ke dalam trak. Mereka kemudian terus bertolak ke pekan.

Matahari pagi mula menyinari lorong - lorong laluan trak yang mengangkut mereka. Di persimpangan jalan menghala ke padang sekolah di pekan itu terdengar pekikkan 'merdeka' sayup - sayup menjamah telinga mereka bertiga.

Ngah Seman memegang tangan Muin dan menggenggamnya erat - erat. Kasim hanya menepuk - menepuk bahu Ngah Seman dengan perasaan gembira.

Keesokan harinya gambar mereka bertiga terpampang di muka hadapan akhbar harian bersama dengan gambar perarakan kemerdekaan.


Jawapan:

Kemerdekaan hari ini adalah pengorbanan pejuang - pejuang dahulu. Sebagai generasi baru kita haruslah tanamkan semangat cintakan ibu pertiwi agar kita tidak dijajah lagi. Malahan kita haruslah menanamkan nilai keberanian dalam diri untuk bersama - sama berganding bahu memajukan negara tercinta. Tanpa rasa kecintaan seperti ini, tidak mustahil kita akan dijajah semula pada suatu hari nanti. Generasi baru seharusnya sentiasa menghormati orang terdahulu yang telah banyak berkorban untuk kemerdekaan negara ini. Kita perlulah sentiasa memelihara kemerdekaan ini.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text