Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
seorang puteri yang
sedang meningkat remaja
maka dialah…
manis dan rupawan
bak kuntum bunga
yang mekar dan berkembang
di awal kelopak pagi
hari - hari dalam
perjalanan ke sekolah
ia memakai baju kurung yang sopan
sekaligus menyembunyikan
rambut dan dadanya di bawah tudung
beberapa teman lelaki
bersama darjah
tetapi bila selalu diekori
serta diusik
maka pada suatu hari
dia pun menjawab:
lupakan dulu soal cinta
kita masih lagi pelajar
di bangku sekolah
saya tidak mahu menjadi gadis yang
kandas pelajaran
digoda
lalu kemudian ditinggalkan
(Zahari Hasib)
ada yang mula mengintip
cuba - cuba meluahkan perasaan
Jawapan:
Nilai kesopanan sangat penting dalam diri pelajar. Nilai kesopanan ini bukan setakat tutur kata tetapi juga cara berpakaian. Sebagai pelajar kita perlu rajin belajar dan tumpukan kepada pelajaran. Kalau pelajar terbabit dengan persoalan percintaan mereka akan kandas dalam pelajaran kerana tidak dapat memberi tumpuan dalam pelajaran. Sebagai pelajar kita harus tabah menghadapi segala dugaan. Sikap gigih dan tabah ini akan membantu kita mencapai kecemerlangan. Oleh itu, kita mestilah selalu mematuhi etika sebagai pelajar yang mematuhi peraturan - peraturan yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment