Social Icons

Saturday 5 October 2013

SAYANG CIKGU

CONTOH 18 : SAYANG CIKGU

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Lagipun, Cikgu Faridah baik hati orangnya. Cah sayangkan dia. Cah juga menghormatinya. Memang, sebagai seorang murid, Cah mesti menghormati seorang guru. Jasa - jasa guru begitu besar bagi Cah. Dia tidak jemu - jemu menabur bakti, mencurahkan segala ilmu pengetahuan kepada Cah saban hari.

Sewaktu di sekolah, Cah menumpukan seluruh perhatian pada pelajaran. Cah tidak mahu mensia-siakan masa yang amat berharga itu. Rugi rasanya kalau tidak bersungguh - sungguh terhadap pelajaran. Cah sedar itu semua. Pelajaran penting, menjamin masa depan lebih cerah. Cah juga sentiasa ingat nasihat ayah, emak, dan Cikgu Faridah supaya apabila dewasa nanti, Cah jadi orang yang berguna.


Jawapan:

Nilai kasih sayang juga boleh wujud antara guru dan pelajar. Misalnya Cah sangat sayang pada cikgunya. Malah, Cah merasakan jasa Cikgu Faridah begitu besar sekali. Sebagai pelajar kita mestilah sentiasa menghormati guru. Guru telah banyak berkorban untuk mendidik kita. Untuk kejayaan kita mestilah memberi tumpuan semasa guru mengajar. Masa juga sangat berharga dalam diri pelajar. Sekiranya alpa, mereka yang mensia - siakan masa akan gagal dalam pelajaran. Untuk kejayaan kita mestilah sentiasa ingat nasihat ibu bapa dan guru.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text