Social Icons

Saturday 5 October 2013

HADIAH HARI GURU

CONTOH 19 : HADIAH HARI GURU

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Cikgu Harun selesai membaca. Dia merenungi hadiah tersebut. "Benar! Inilah hadiah yang paling murni. Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik dari hadiah - hadiah yang mahal - mahal tu jika untuk bermuka," katanya, turut terharu apabila melihat hadiah tersebut.

"Ramli itu murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia memang miskin, tetapi ibunya sangat bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa bersih. Ramli tu, faham pula dengan keadaan hidupnya," terang Cikgu Fatimah tersedu - sedu.

"Saya ingin jadikan dia anak angkat saya, cikgu," Cikgu Fatimah meluahkan hasratnya pula.

"Hm! Memang baik begitu. Sempena Hari Guru kita pada tahun ini sepatutnya ada sesuatu kebaikan yang dapat kita lakukan," syor Cikgu Abdullah kepada guru - guru sekolahnya.


Jawapan:

Nilai ikhlas sangat penting diamalkan dalam hidup. Sesuatu hadiah bukan bernilai kerana harganya tetapi keikhlasan pemberinya. Cikgu Fatimah menyanjung hadiah pemberian Ramli kerana nilai ikhlasnya. Selain itu, kita mestilah menghargai guru kita sekurang - kurangnya semasa sambutan Hari Guru. Sikap baik hati yang ada dalam diri Cikgu Fatimah sepatutnya menjadi teladan kepada orang lain. Kita yang berada sepatutnya mempunyai perasaan belas kasihan kepada mereka yang susah. Kita seharusnya memberi sokongan kepada mereka yang ingin melakukan kebaikan.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text