Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Lembah Bilut mereka teroka,
Kebun getah lalu dibuka,
Mereka bekerja mengikut Jengka,
Anak isteri bekerja belaka.
Kawasan rumah dicangkul pula,
Aneka tanaman ada segala,
Ubi, keladi, pisang, petola,
Tebu di kilang dibuat gula.
Ayam dan kambing diternak juga,
Kampung dijaga dengan sempurna
Kawasan Melayu, kawasan Cina,
Kawasan India juga dibina,
Nampak teratur di mana - mana.
Sekolah, pasar dan balai raya,
Semuanya itu telah sedia,
Pemuda - pemuda nampaknya ria,
Bas menunggu di jalan raya.
Mereka diajar cara menjaga,
Untuk dimakan penguat tenaga,
Kalau banyak dibuat berniaga
Jawapan:
Nilai berdikari amat membantu seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Penduduk di Lembah Bilut, sebagai peneroka mereka melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara hidup. Selain itu, sikap hormat - menghormati amat penting. Lebih - lebih lagi melibatkan masyarakat majmuk, nilai ini akan menjamin perpaduan dan keharmonian hidup. Nilai kerajinan untuk bekerja menyebabkan kehidupan penduduk lebih terjamin. Oleh itu, kita mestilah rajin bekerja untuk memajukan hidup kita sekeluarga.
No comments:
Post a Comment