Social Icons

Saturday, 5 October 2013

PELAJAR SEKOLAH

CONTOH 17 : PELAJAR SEKOLAH

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sirih puan di hujung pasak,
Gobek berada di palang bumbung;
Walaupun tuan berilmu banyak,
Janganlah pula berlagak sombong.

Perahu kota belayar ke daik,
Singgah berhenti di Batu Pahat;
Hendaklah kita berbuat baik,
Jangan sekali berlaku jahat.

Terlompat - lompat si anak pacat,
Di tepi huma orang bersila;
Jika terlihat orang yang cacat;
Jangan dihina atau dicela.

Berkodi - kodi si kain kasa,
Anak pemadat duduk berpantun;
Orang berbudi kita berbahasa;
Orang beradat kita bersantun.
Anak Deli mengasah pahat,
Matanya tajam terlalu bisa;
Jika sekali berlaku jahat;
Tetap dikenang orang sentiasa

Jawapan:

Nilai sederhana amat dihargai orang walaupun kita berkelulusan tinggi. Kalau kita sombong dengan ilmu kita akan tersisih daripada masyarakat. Amalan baik hati sangat dituntut dan disukai ramai. Walaupun kita banyak melakukan kebaikan tetapi jangan sekali - kali kita melakukan kejahatan. Seperti kata pepatah, "buat baik berpada - pada, buat jahat sekali". Sekali kita buat jahat, segala kebaikan kita dilupai orang. Jangan kita suka menghina orang cacat. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan berbudi bahasa dan bersopan - santun.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text