Social Icons

Saturday, 5 October 2013

KEMERDEKAAN

CONTOH 13 : KEMERDEKAAN

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Orang Muda : (Tegas) Tapi bukan di kampung ini sahaja ada persatuan menentang
penjajahan. Di seluruh kampung dalam negara kita ini orang sudah
sedar dan mahu bersatu menentang penjajahan.

Pegawai : Orang - orang kampung sahaja. Orang bandar dan cerdik pandai tidak.

Orang Tua : Apa maksud tuan dengan orang - orang cerdik pandai.

Pegawai : Orang lulus sekolah Inggeris dan bekerja di pejabat.

Gadis : Macam mana?

Pegawai : Kita mahu merdeka, tapi mana dia kapal perang kita? Kita mahu
merdeka, tapi mana dia kapal terbang kita? Mana dia gudang - gudang
perusahaan kita untuk menjamin kemerdekaan kita itu? Mana dia? Mana dia?

Orang Muda : Kita mesti merdeka dahulu.


Jawapan:

Kebebasan ingin dikecapi oleh segenap lapisan. Kebebasan yang membawa maksud kemerdekaan ini memberi peluang untuk mengecapi pembangunan dan kemajuan negara. Semangat patriotik perlu ada dalam diri setiap orang tanpa mengenal usia. Setiap lapisan masyarakat baik yang tua atau yang muda, lelaki dan wanita, yang berjawatan tinggi atau rendah sama - sama berusaha dan bersemangat untuk mencapai kemerdekaan ini. Kita sebagai generasi muda kini hendaklah menanamkan semangat patriotik dan bersatu pada untuk mengekalkan kemerdekaan yang diwarisi kepada kita.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text