Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Setelah dilihat oleh bapanya anaknya luka, maka kata bapanya, "Kenapa engkau luka itu?" Maka berceritalah anak kera itu segala perihalnya itu. Maka kata bapanya, "Hai anakku, janganlah lagi engkau bersahabat dan bermain - main dengan anak saudagar itu."
Sungguhpun demikian kata bapanya, tiada jua didengar oleh anak kera itu, sedia kala pergi juga ia bermain - main dengan anak saudagar itu. Adapun luka anak kera itu sudah sembuh, tetapi luka anak saudagar itu belum juga sembuh lagi.
Maka kata tabib kepada saudagar itu, 'Adapun luka anak tuan hamba ini, jika beroleh hati anak kera itu, sembuhlah."
Setelah dilihat oleh saudagar itu luka anaknya itu tiada juga mahu sembuh lagi, maka saudagar itu berfikir dalam hatinya "Baiklah, apabila datang anak kera itu, kubunuh."
Jawapan:
Nilai persahabatan mestilah berdasarkan kesesuaian antara sahabat itu. Perbezaan yang ketara boleh memusnahkan persahabatan seseorang. Sebagai perbandingan tentulah kera tidak sesuai berkawan dengan manusia iaitu anak saudagar. Kita juga mengambil kesempatan daripada persahabatan tersebut. Sikap mementingkan diri adalah sikap negatif yang harus dihindarkan. Setiap perbalahan dapat diselesaikan dengan perbincangan. Kita janganlah sanggup mengorbankan orang lain untuk kebahagiaan kita. Kita hendaklah menghormati dalam menjalinkan persahabatan.
No comments:
Post a Comment