Social Icons

Saturday 5 October 2013

BIOGRAFI

BIOGRAFI


i. Karangan jenis ini memerlukan anda menulis riwayat hidup sebenar tokoh seseorang tokoh.

ii. Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang tokoh tersebut supaya penulisan anda mempunyai unsur logik.

iii. Perlu menulis secara ringkas butiran kelahiran, persekolahan, perkhidmatan, dan sumbangan tertentu sebagai tokoh yang dihargai.

iv. Sekiranya tokoh tersebut seseorang yang terkenal, pastinya maklumat penting tokoh tersebut akan turut dikemukakan.

v. Karangan jenis ini tiada format khusus.


CONTOH   : TOKOH PEMIMPIN DI KAMPUNG SAYA


Ustaz Zulkifli bin Haji Muhammed ialah tokoh yang tidak asing lagi di kampung saya iaitu Kampung Cempaka. Beliau dilahirkan pada 19 Januari 1972 di Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan. Ayahnya seorang penoreh getah manakala ibunya pula seorang suri rumah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bongek. Semasa bersekolah di sekolah rendah, Ustaz Zulkifli seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Ustaz Zulkifli mewakili peringkat daerah dalam sukan bola sepak.

Kecemerlangan akademik semakin terserlah apabila Ustaz Zulkifli berpeluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. Selepas menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Ustaz Zulkifli berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Undang - undang Islam.

Selepas tamat pengajiannya Ustaz Zulkifli bertugas sebagai hakim di Mahkamah Syariah. Banyak kes - kes yang berkaitan dengan agama ditangani oleh Ustaz Zulkifli. Beliau juga banyak memberikan nasihat dan bimbingan kepada keluarga yang menghadapi masalah rumah tangga.

Sumbangan yang paling besar yang dilakukan oleh Ustaz Zulkifli ialah mendirikan Sekolah Agama Rakyat Arraudah di kampung saya. Di sekolah ini, anak - anak kampung mendapat didikan agama seperti mengaji Al - Quran dan ilmu - ilmu fardu ain. Pada sebelah petang dan malam, Ustaz Zulkifli mengadakan tuisyen percuma kepada pelajar - pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia di kampung saya.

Sumbangan dan jasa Ustaz Zulkifli sangat dihargai oleh penduduk di kampung saya. Beliau merupakan tokoh pemimpin yang disanjungi di kampung saya.


CONTOH   : DATUK BENTARA LUAR JOHOR

Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar merupakan seorang pembesar negeri Johor yang bijaksana dan berjasa. Dia dilahirkan pada tahun1841 di Teluk Belanga, Singapura.

Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Islam. Ketika berumur dua belas tahun, beliau belajar di sekolah Inggeris. Sekolah ini dikelolakan oleh Paderi Keasberry. Muhammad Salleh ialah murid yang pandai.

Setelah tamat persekolahan, Muhammad Salleh menjadi guru. Pada tahun 1857, beliau menjadi jurulatih kepada Temenggong Johor. Beliau juga pernah menjadi polis dan bekerja di pejabat Hasil Dalam Negeri Johor. Dalam tahun 1868, beliau dilantik menjadi Ketua Jabatan Tanah dan Ukur. Beliau juga berkebolehan berbahasa Cina. Atas jasanya itu pada tahun 1883, Muhammad Salleh dianugerahkan gelaran Datuk Bentara Luar.

Datuk Bentara Luar banyak memberi sumbangan kepada negeri Johor. Beliau merupakan orang Melayu pertama yang membuat peta yang tepat dan lengkap bagi negeri Johor. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab membuka Bandar Muar dan Batu Pahat. Sebagai seorang penggemar muzik, beliau telah memperkenalkan ghazal merata tempat di negeri Johor.

Akhirnya pada tahun 1914, Datuk Bentara Luar telah meninggal dunia di Johor Baharu. Beliau ialah tokoh yang memodenkan negeri Johor. Datuk Bentara Luar ialah anak watan yang berjasa.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text