Social Icons

Saturday, 5 October 2013

KECERDIKAN AKAL BUDAK

CONTOH 9 : KECERDIKAN AKAL BUDAK

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah lalu keluar diiringkan oleh segala para menteri, sida - sida, hulubalang sekalian. Telah datang ke pantai maka baginda pun hairan melihat perihal todak itu, banyak orang yang dilompatinya tiada selamat. Maka makin banyak orang mati ditikamnya oleh todak itu. Maka baginda pun menitahkan sekalian orang berkubukan betis; maka dilompati oleh todak itu terus ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan rupa datangnya, orang mati pun terlalu banyak.

Maka pada antara itu berkata seorang budak. "Apa kerja kita berkubukan betis ini? Kita perdayakan diri kita demikian ini jika kita berkubukan batang pisang alangkah baiknya."

Telah didengar oleh Paduka Seri Maharaja, maka titah baginda, "Benarlah seperti kata kanak - kanak itu."

Jawapan:

Semangat bermasyarakat amat penting untuk mengatasi sesuatu musibah yang menimpa. Tanpa mengira kita ini berkedudukan tinggi seperti raja ataupun hanya seorang budak, dengan hidup bermasyarakat setiap kita mempunyai peranan. Kita juga perlu berterima kasih kepada sesiapa sahaja walaupun seorang budak yang telah menolong kita. Walaupun usia kita muda, tetapi jika mempunyai fikiran yang bernas kita mesti berani untuk memberi pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Justeru, kita mestilah mengamalkan semangat bermasyarakat agar keharmonian hidup dapat dikekalkan.

No comments:

Post a Comment

 photo tpatani.jpg  photo S10-1.jpg  photo kembarakawanrimba.jpg  photo tberukera-1.jpg  photo E-BUKU_S11_anjing-suka-menyalak_final-1.jpg  photo HTJ1t.jpg  photo barongan.jpg  photo baronga2.jpg Nak Baca Komik-komik ini??? Sila pergi ke bahagian Syurga Buku | Membaca Jambatan Ilmu |

Aplikasi Atas Talian

 

Sample text

Sample Text